Monday, August 4, 2014

Daun kunyit dan kelapa pekak...dan pais udang

.

Pada suatu pagi itu, aku nampak daun kunyit di rumah mak mertua ada banyak, gemuk-gemuk, lebau-lebau. Geram aku tengok. Menitis air liur dibuatnya. Tapi, baru merendang hari raya hari tu, tak kan nak merendang lagi.

Kemudian aku nampak pokok kelapa. Aku nampak ada setandan buah hijau. Di dalam peti sejuk beku ada isi udang lebihan sayur lodeh basah. Jintan putih dan manis juga ada di kedai. Tak apa, boleh beli. Aaahaaa....aku dapat idea.


Aku nak buat 'pais' atau 'pa-es'....yang aku rasa diambil dari perkataan 'paste' dalam Bahasa Inggeris. Dan aku balut 'pais' tu dengan daun kunyit untuk dikukus.



Kerja tangan orang jantan, tak berseni sangat lipatannya...



Tapi, ramuan yg penting ialah parutan kelapa 'pekak'. Kelapa 'pekak' diistilahkan kelapa yang sudah tua tetapi airnya masih belum berkocak bila buahnya digoncang. Ia akan memberikan tekstur parutan yang diperlukan tapi masih lembut, dan santannya masih lemak manis.


Untuk lebih halus, aku tumbuk parutan kelapa 'pekak' tadi sehingga agak lumat, bersama-sama isi udang dan herba-herba terpilih. Aroma jintan dan daun kunyit amatlah menjejeskan air liur...




.


5 comments:

Kakzakie said...

Masya-Allah... bagaikan terbau aroma daun kunyit dan udang kemudian ada ketumbar/jintan disatukan dlm kelapa pekak tu sedapnya...

Daddy Ziyyad said...

pais ni makanan tradisional masyarakat jawa ke?

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Wangi kakkkkk.....sedap!


DaddyZ.
Rasa2nya begitulah kut.
Tapi mcm otak2 atau sata. Bezanya pada jintan dan lada hitam.

nae nematoda said...

sata selalu je makan, ni first time dengar pais ni...nampak macam sedap je pais ni

Nizam.Ariff said...

Nang.
Sedap bila ada bau jintan....cubalah buat...curahkan sikit santan pekat dan tepung sbg binder...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com