Wednesday, August 6, 2014

Surat terbuka kepada....

.

Email ini aku kirimkan kepada salah seorang daripada mereka di syarikat itu pada minggu lepas, selepas terbaca majalah itu di rumah mertua. Setakat hari ini tiada balasan...



Assalamualaikum,
Salam Syawal...

Saya ada baca satu artikel di dalam Mastika edisi April 2014 m/surat 59...artikel jenaka bertajuk ' kwang kwang kwang' (lihat kepilan fail).

Perenggan terakhir adalah (sebagai dikatakan) 'respon' dari Tuhan yang menyuruh Bill Gates diam.

Mungkin kita boleh anggap bahawa ia sekadar artikel jenaka tapi rasa-rasanya tak sesuailah menyiarkan jenaka yang berkait dengan Tuhan.

Mungkin kita anggap 'Tuhan' dalam versi jenaka ini tak dimaksudkan Allah tapi perkataan 'Tuhan' itu merujuk kepada Yang Maha Berkuasa, tidak kira kepercayaan kaum mana pun...walau pun berbeza kepercayaan dan pelbagai ketuhanan mereka tapi Tuhan itu merujuk kepada definisi entiti yang spesifik.

Bagi umat Islam pula, 'kata-kata' Tuhan adalah Kalam. Untuk artikel jenaka tersebut, saya tak rasa kata-kata kepada Bill Gates itu ada dalam mana-mana mushaf Al Quran. Jika tiada, maknanya ia mengada-ngadakan ayat baharu dan jika tidak benar, itulah fitnah yang dibuat kepada Allah. Amat berbahaya.

Walau bagaimana pun, mungkin pendapat saya ini tidak tepat. Mungkin ada alasan dan perkara lain yang mengharuskan perkara seperti ini. Tapi saya rasa tidak perlulah kita terikut-ikut dengan jenaka orang Barat yang keterlaluan.

Memang benar Mastika ada banyak artikel lain yang berorientasikan dakwah Islamiah tapi jenaka seperti itu seolah-olah bertentangan dengan orientasi tadi.

Terima kasih,







.

4 comments:

Ellie Mariana Abdullah said...

Terkesima sebentar

Nizam.Ariff said...

Waterlily.
Nampak mcm lawak....tp bukan....

LydSunshine said...

main-main plak bab macam ni. melawak ada adab dia. elok la ko tulih surat ni. aku sokom.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Tima kasey....jom hantar petisyen...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com