Wednesday, August 13, 2014

Tetamu pertama berhari raya di rumah aku...

.

Ini tahun kedua aku beraya di rumah ini.
Setakat ini tak ada budak-budak datang beraya.
Juga tiada jiran-jiran berjenguk di pagar.
Dan aku juga tak berjenguk di pagar mereka.
Segala-galanya berjalan seperti biasa.
-bersapa bila berselisih
-angkat tangan dari jauh bila sama-sama keluar

Tapi, apabila majlis jamuan raya dibuat oleh AJK di taman, ramai yang datang. Bersembang, bertepuk tampar, perkara biasa. Malah di sini ada Telegram group yang aktif. Aku pernah join....tapi aku keluar...tak biasa dengan gurauan pakcik makcik yang kadang-kadang aku segan nak baca.


Setakat ini, hanya seorang tetamu yang datang beraya
- seorang Cina
- keluarga adik ipar.
Cina itu seorang peguam dan dia tetamu pertama.
Dia datang atas sebab urusan rasmi.
Aku jemput dia masuk, aku hidangkan kuih raya.
Kami bersembang...dari satu topik ke satu topik.
Sampaikan dia bertanya tentang soap kitchen.
Dia hairan kenapa NGO tak boleh beroperasi.
Sampaikan dia bertanya tentang fungsi zakat.
Dia hairan kenapa pusat zakat tak tolong gelandangan.
Sedangkan, katanya, gelandangan itu ramai Melayu-Islam.
Sampaikan dia syorkan Ariff dihantar ke sekolah antarabangsa.
Dia kata begitu bila Ariff menyapanya dengan berbahasa Inggeris.
Tapi dia juga kata yuran tahunannya RM30,000 dekat2.
Tapi aku kata, aku prefer Ariff ke sekolah agama.
Kemudian dia kata, memang yuran sekolah antarabangsa agak mahal.
Agak?


Ok. Aku tak tahu sama ada aku ini benar-benar antisosial.
Satu sudut, aku kurang interaksi dengan orang.
Pada sudut lain, aku bersembang dengan seorang Cina yang aku tak kenal sangat.

Mungkin aku lebih selesa dengan kumpulan kecil.
Aku mungkin kurang selesa dengan kumpulan yang ramai.

Kepada yang pandai psikologi, mungkin dia fikir akubadalah calon yang bertepatan dengan ciri-ciri ...err....err.....tanyalah mereka itu....aku tak sanggup nak cakap.






.

9 comments:

Daddy Ziyyad said...

aku rasa, kau ada ciri ciri anti sosial..sebab tanpa perlu bersapa muka, dlm group Telegram pun kau quit..hahahaha

Su @ Aya said...

kau anti sosial. hehe... aku pun sama. tapi akhir2 ni, aku cuba lebih bergaul, lebih beramah mesra, sbb aku takut kalau aku mati, tak ada org dtg ziarah!

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Antisosial bkn penyakit, kan? Haha..
Err..atau sakit jiwa?

Su,
Takpe, fardu kifayah...nnt dia org uruskan jenazah...cuma takut org x perasan dah mati seminggu dlm rumah je...haha

sudipVSsenduk said...

bersederhana dalam segala hal

anajingga said...

salam syawal, lain org lain pendiriannya, ada org bersosial di laman2 bisu mcm fb dan blog ada yg lebih gemar bercakap depan mata,terpulang pada individu.. ttg group ni memang kurang minat sb bila dah ramai mcm2 boleh jadi..:)

Rai Ourkizuna said...

bukan soap kitchen.. soup kitchen..

Nizam.Ariff said...

SvS.
Ok..boss...:)


Ana.
Aku gemar memancing...dan memancing kena diam diam....;)


Rai.
Ye ke...lain maksud eh.....hahaha...

JunAina said...

Sifat anti sosial itu akan mula berkurangan seiring dengan pertambahan umur...biasanya lah...

Nizam.Ariff said...

Junaina.
Ooo...ok. Aku x perlu risau...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com