Tuesday, September 9, 2014

Bisnes kecil-kecilan...

.


Hasri kata, "Bisnes kamu ni bermusim."

Kata Hasri, "Bisnes seperti cendawan busut yang menerojol selepas hujan."

Lagi katanya, "Macam kisah ikan Flower Horn, macam kisah lintah."


Hasri kata, "Macam bisnes nasi lemak...bila ada seorang pacak payung tepi jalan jual nasi lemak dan ramai yang berhenti di situ membelinya, pada bulan depan ada sepuluh lagi payung yang dipacak, menjual nasi lemak."

Kata Hasri, "Bila dah sebelas gerai payung nasi lemak muncul, jualan per gerai payung berkurang... dan bungkuslah."

Lagi katanya, "Janganlah bisnes ikut-ikutan semacam itu...tak kekal lama."


Dino berfikir. Bila Dino berfikir, biasanya matanya merenung jauh ke depan. Kalau pun Dino memandang muka Hasri, yang dilihatnya bukan wajah Hasri tetapi persoalan dan pertimbangan yang terlontar jauh di hadapan. Bila Dino berfikir biasanya bernas.


Dino berfikir begini.

Bila di tanya seseorang tentang Nasi Ayam, majoriti berkata Nasi Ayam masakan ibunya atau isterinya yang tersedap. Tapi orang itu juga mengatakan Nasi Ayam gerai itu sedap, restoran ini sedap. Mengapa agaknya? Begitu juga dengan Nasi Lemak. Mengapa agaknya?



Maka, Dino pun buat kesimpulan begini, " Orang kita suka makan dan kuat makan."


Hasri pula berfikir. Bila Hasri berfikir, biasanya tak jadi apa-apa kepada dunia ini....janganlah risau sangat.






.

8 comments:

Irfa said...

ADUHAI HASRI
ADUHAI DINO

Daddy Ziyyad said...

Bisnes makan ni, yang penting RASA dia...tersorok macam mana pun kedai, tapi kalau rasa sedap ala ala masak sendiri ( yg penuh dgn kasih sayang, penuh dgn rencah2), maka tersorok pun org akan gigih datang :)

Nizam.Ariff said...

Irfa.
Dia org berdua tu mcm tu la....haha

DaddyZ.
Ya..betul...walau pun hanya hidang satu dua jenis lauk pauk....

MizzTina said...

tp org kite suka bisnes yg hrpkn untung segera.. klu rugi sekali, trus give up..

Nizam.Ariff said...

MizzTina.
Preseverence...kena tinggi..

Kakzakie said...

Lain kali kalau sebelah buka gerai nasi lemak kamu bukalah gerai jual air teh/kopi.. ikut-ikut kalau sedap tak apa. Ini bagi semua lingkup dek pertandingan sesama sendiri..

LydSunshine said...

BETUL2. BISNES BERMUSIM NI MMG AKU PERASAN. sekarang trend jual tudung dan ubat kurus dan ubat putih. pastu produk nk tambah susu badan. heheh...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Pengguna boleh konpius ....haha

LydS.
Susu badan pun ada? Ishhh....mcm2 trend skrg ni...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com