Saturday, September 20, 2014

Menangkap ketam di Lumut...

.

Antara aktiviti yang aku lakukan di waktu pagi di Lumut ialah mengganggu tidur si ketam. Ketam 'batu' ini membuat lubang yang dalam di dalam pasir. Aku terpaksa gali sehingga lebih sekaki dalamnya. Tapi akhirnya dapat jua. Aku kepung si ketam dgn tayar hanyut.





Puas bermain, aku ambil keputusan untuk jodohkan si ketam dengan ketam betina. Ketam yang aku tangkap itu jetam jantan sebab 'conet' nya pipeh dan tajam.

Aku cari lubang ketam yang agak besar...kira-kira sekufulah nanti dengan ketam jantan itu nanti. Aku masukkan ketam jantan itu ke lubang, tak bersisa masa, cepat sungguh dia masuk ke dalam...gelojoh! Tak nyempat-nyempat nak ucap 'goodbye' pun.

 Semoga mereka itu bahagia ke akhir hayat... Happily Ever After...




Demi memastikan si ketam jantan itu tidak lari keluar secara senyap-senyap, aku kambus lubang itu dengan pasir...aku henyak-henyak dengan kaki...agar si jantan tidak berlaku curang....lagi!





Tapi........

Kalau yang di dalam lubang tadi adalah ketam jantan juga, macam mana??? Mesti ketam tadi merasa seperti living in hell...forever and ever!!

Seorang kawan pula berkata " Dia si ketam jantan...dia mesti ada akal nak curi jalan keluar...lagi. Don't worry..."





.

9 comments:

MizzTina said...

kena tkr tajuk,bukan menangkap ketam tapi menjodohkan ketam.. LOL

Nizam.Ariff said...

Mizztina.
Hahaha....nnt orang kata duall meaning lak...

Aishah Jahirah said...

haip jodoh paksa rela ni utk si ketam...hihi

Daddy Ziyyad said...

macam mana kau boleh terfikir utk mating kan mereka? hahahaha

nae nematoda said...

hahahaha, kalau yang tu jantan, harap jangan ada ketam yang gay :D

Nizam.Ariff said...

Aishah
Nak tolong je...hihi

DaddyZ.
Asalnya aku tunggu dia korek lubang tp lama sgt...aku carikan le lubang lain....

Nang.
Kalau gay?....happily ever after gak le....haha

gadisBunga™ said...

Nape tak taruk dalam baldi je ketam tu? Tak pun dalam plastik ke. Ngeee

CiKPuaNLawA said...

macam nak membunuh ketam je.. siap kambus lubang ..henyak2 lagi... !!!... kejam .. zalimmm... ;p

Nizam.Ariff said...

GB.
Kita org dah puas main dgn ketam tu...dah tiba masa utk dilepaskan....:)


CPL.
Ya...penduduk dunia ramai yg kejam dan zalim....
Hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com