Tuesday, September 23, 2014

Merendah hati...kisah seorang kenalan.


.



Selepas membaca entry di blog kepunyaan dak Alis berkenaan EGO, aku teringatkan satu kisah tidak lama dahulu. Ini berkenaan rasa rendah hati yang digunakan untuk melawan penyakit EGO.



Aku ada seorang kenalan kerja yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas kerana sakit di dalam perut. Dia kenalan tetapi umurnya sudah jauh lebih tua daripada aku. Malah aku ini sebaya sahaja dengan anaknya. Atas tuntutan kerja, kami selalu berinteraksi atas urusan rasmi dan tidak rasmi. Dia itu pemilik sebuah perusahaan besar dan mempunyai beratus-ratus orang pekerja termasuk pekerja kontrak.



Dia seorang yang tegas, tutur katanya sederhana tetapi pedas. Malah, anak-anaknya juga kerap kepedasan sehingga menusuk ke tulang hitam. Dan dia juga seorang yang amat menjaga hati, amat merendah diri.



Salah satu perkara yang aku lihat sendiri ialah pada hari Jumaat, dia akan memakai selipar/sandal dan memandu van syarikatnya. Dia akan berhenti di depan lobi perusahaannya. Tidak lama kemudian, aku lihat berberapa orang pekerja kontrak warga Islam Bangladesh memasuki van itu. Kemudian, dia akan bawa pekerja-pekerja kontrak itu ke masjid yang terdekat untuk bersolat Jumaat. Kadang-kadang hingga beberapa 'trip'. Malah, dia akan minta staff yang ada kereta untuk menumpangkan pekerja-pekerja yang tiada kenderaan. Motifnya: jangan sampai ada pekerja Islam yang tak bersolat Jumaat di dalam premisnya.



Bukan mudah nak lihat seorang Managing Director membuang kot dan kasut kulit lalu memandu sendiri van itu membawa pekerja-pekerja kontrakan ke masjid untuk bersolat bersama-sama. Namun, dia sudah arwah....semoga Allah merahmati beliau.





.

5 comments:

||alis|| said...

salam..

baru sempat membaca.

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

aku masih percaya hingga kini: orang yg baik2 selalunya akan pergi dulu. hurm.

Nizam.Ariff said...

Alis.
Dunia akhir zaman mcm tu la..

Jahirah said...

bagus gitu...akhirat tak dilupakan...sesetengah bos peduli apa..dgn dia2 skali xsolat jumaat kdg2 tu...

Nizam.Ariff said...

Aishah.
Kita jgn ikut dia....

Su @ Aya said...

hmm.. selalu baca cerita boss yg pentingkan solat, tp jarang kenal boss sebegitu.

boss consultant engineer yg penh berurusan dgn aku dulu, kat opis dia setiap pagi ahad buat tadarus. kdg2 jemput penceramah. tp soal solat dan kerja, aku tak pasti yg mana dia dahulukan.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com