Friday, September 12, 2014

Negotiation Skill... cara-cara untuk tawar menawar

.


Sedikit tentang cara biasa orang membuat tawar menawar atau negotiation untuk membeli barang.

Kalau tak silap aku, ada banyak taktik / tekniknya. Mereka yang bekerja di bidang perolehan (procurement) memang pandai bab-bab ini. Aku pernah juga bekerja di bidang perolehan selama beberapa tahun tetapi taklah terlibat secara langsung. Aku dibidang lain, lebih kepada pembangunan vendor. Tapi aku rasa semua kita pernah terlibat dalam aktiviti  tawar-menawar....paling tidak, tawar menawar semasa beli bawang merah di pasar malam atau ketika beli kasut atau pakaian.



Dalam banyak-banyak kaedah, di sini aku hanya ingat beberapa kaedah sahaja. Aku nak kongsikan:-


  •  Carpet bargaining - diistilahkan dari kaedah tawar menawar yang biasa dibuat di lorong-lorong menjual karpet di Timur Tengah. Caranya sama seperti yang kita tonton dalam siri Pawn Star di discovery channel tu. Caranya: Apa-apa harga yang disebut, minta separuh daripadanya. Contohnya: Penjual kata RM100, kita minta RM50. Kemudian penjual naikkan separuh daripada perbezaan harga iaitu RM75, kemudian kita akan minta pula harga diantaranya (RM50 ~ RM75) sebagai contoh RM60. Apabila sudah dekat-dekat, biasanya penjual akan kata RM65 dan kita pun setuju. Kalau kita kira awal2, kita dah boleh agak berapa harga akhirnya. Begitu juga sebaliknya. Berhati-hati bila penjual yang meminta kita harga yang hendak kita beli, takut tersilap kata. Payah nak keluar dari tawar-menawar seperti ini sebab setiap harga yang kita sebut akan dianggap gentlemen understanding. Itulah agaknya kenapa Pak Arab akan kejar kita suruh beli kalau kita dah bertanya harga atau kita dah sebut harga tapi kita tak jadi beli.



  • The lowest of all  - hah! yang ini biasa wanita buat. Jalan-jalan di shopping mall untuk window shopping. Buat perbandingan harga. Mula tanya kawan-kawan. Bila dah kenal pasti harga terendah, maka serbu! Untuk mereka yang serius dalam bidang perolehan, kaedah ini amat lazim digunakan. Kita minta 3-4 sebut harga (quotation) dan pilih yang paling murah. Namun tak semua barang adalah sesuai dengan kaedah ini. Mengikut nasihat kawan-kawan, barang-barang jenis 'offfshelf items' atau 'standard items' bolehlah diguna. Contohnya pen kilometrico, pensil 2B, cokelat cadbury dll.



  • Open bidding - kaedah ini tujuannya lebih kurang sama macam di atas, cumanya ia dilakukan secara terang-terangan (tanpa mendedahkan nama). Open bidding tak sama dengan istilah open tender. Open bidding lebih kepada sistem lelongan terbuka, macam Abdul Wahub dan Abdul Wahib kena lelong kat pasar. Untuk kegunaan kita sehari-hari, biasanya aku akan pergi ke satu kedai dan aku terus tanya the best price sekali sahaja. Aku terus terang aku malas nak tawar menawar. Apabila dia bagi the best offer yang dia mampu, aku akan kata, aku akan datang semula kalau harganya lebih menarik dari kedai lain.



  • Price benchmarking - caranya, tetapkan satu aras harga yang pernah orang lain beli atau kita sendiri pernah beli atau harga purata di pasaran. Jikalau kita dapat cari satu harga yang sama atau lebih murah daripada harga tetapan tadi, kita bolehlah beli. Namun begitu harga yang kita bayar itu mungkin bukan harga yang 'value for money' tetapi mungkin kerana tiada banyak pilihan, kita terima sahaja. Contohnya, membeli rumah, kereta terpakai. Orang awam seperti kita biasanya kita rujuk kepada mudahdotcom untuk cari benchmark.



  • Cost Based Negotiation - kaedah ini lebih teknikal dan semestinya kena tahu tentang barangan atau servis yang ingin dibeli. Kena tahu cost driver, kena tahu cost structure. Biasanya kos itu dibina dari sifar, kemudian ditambah sehinggalah mengambil kira semua sub-kos. Kos yang akhir itu menjadi pedoman untuk membuat tawar-menawar atau negotiation. Kita juga perlu ambil kira keuntungan pihak penjual juga. Contohnya nak ubahsuai rumah.




Ada beberapa kaedah lain juga... tapi aku dah lupa. Dah tualah katakan....






.

4 comments:

Rai Ourkizuna said...

Tawar menawar pun ada seni..

Nizam.Ariff said...

Rai.
Ya...sbb ia satu kemahiran....

Kakzakie said...

Buat kakak teringat ketika attend seminar dlm Planning & Purchasing Skill in Management - Mat salleh yg cakap tu lebih kurang apa yg Nizam listkan - lain kali kakak jemput Nizam ajelah hihi...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Dia pandai ckp omputeh...kita tak reti, kak....hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com