Monday, September 15, 2014

Negotiation skill n art #2

.


Negotiation atau tawar-menawar atau kalau bahasa pelaut 'Parley' bukan sahaja untuk berjual-beli. Tawar-menawar juga dilakukan untuk perkara selain daripada duit. Semasa kecil dulu pun kita pernah negotiate...pinjam lastik kamu, nanti aku pinjamkan gasing aku... ambil basikal aku dengan syarat jangan pukul aku lagi... selagi tak bagi nombor telefon adik kau, jangan jadi geng kami.


Apabila masing-masing ada keinginan / interest terhadap sesuatu yang ada pada pihak yang satu lagi, tawar-menawar mungkin boleh berlaku...bezanya jika tiada pertembungan / perbahalahan terhadap syarat-syaratnya, tawar-menawar itu mungkin berlaku sekejap sahaja. Kalau kesepakatan belum tercapai, tawar-menawar mungkin berlarutan jadinya.


Pada kali ini, aku tuliskan tentang negotiation yang berlaku dalam dunia korporat. Ada masa nanti, barulah aku coretkan untuk dunia harian. Sebabnya, asas kepada kedua-duanya kebanyakkannya adalah sama.

Kerja rumah atau 'risikan' sebelum membuka mulut atau menunjukkan keinginan (show them our interest):


  • What do you want? - apakah yang kita mahu daripada dia / mereka? Pastikan betul-betul apakah yang kita mahu kerana dalam negotiation nanti, kita mungkin akan kehilangan sesuatu. Adakah berbaloi untuk memilikinya?



  • What do you have? - apakah yang kita ada yang boleh digunakan untuk membuat penawaran dengan lebih mudah? Apakah aset-aset yang ada? Apakah servis yang sanggup kita lakukan untuknya? Jika kita mahukan sesuatu daripadanya, lazimnya dia juga akan meminta sesuatu daripada kita.



  • What does he want? - apakah agaknya yang dia mahu? Apakah agaknya yang dia mahu kita lakukan? Kita kena agak apa yang dia mahu kerana jika tidak mempunyai apa yang dia mahu atau tidak mampu menyediakan apa yang dia mahu, dia mungkin tidak berminat untuk berurusan dengan kita. Dan jikalau kita masih mahukan sesuatu daripada dia, mungkin kita terpaksa tawarkan seisi dunia untuk memilikinya.



  • What does he have? - apakah lagi yang dia ada selain daripada perkara yang kita mahukan? Kadang-kadang tawaran yang kita ada melebihi apa yang dia boleh berikan atau perkara yang dia mahukan jauh lebih bernilai daripada yang kita minta menyebabkan tawar-menawar jadi tidak seimbang.  Jadi, inilah masanya kita minta perkara-perkara lain juga.




Selidik dahulu... kerana butir-butir itu akan digunakan dalam merencana strategi dan taktik untuk negotiation nanti. Strategi dan taktik inilah yang menarik kerana ia adalah kemahiran, ia adalah seni... the art of negotiation.


Macam-macam cara yang aku saksikan ... bermacam-macam helah... bermacam-macam deception. Aku tak mampu hendak susun mengikut aturan secara ilmiah kerana aku tak punyai cukup ilmu tapi aku boleh senaraikan strategi dan taktik yang aku tahu... nanti eh...





.


2 comments:

Kakzakie said...

Kakak suka sebab apa yg diperkatakan di sini perlu ada dlm organisasi tempat kerja kakak sekarang. Ilmu yg boleh diaplikasikan.. syabas!

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Tq. Ok, kita sharing-sharing la..ek

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com