Wednesday, September 24, 2014

Rontaan...

.



Merenung jauh, melihat bayang awan

Meneduh bumi, aku syak hujan nanti

Angin bertiup, bertitipkan pesan

Itu semua rupa-rupanya khayalan

Berdenyut nadi masih, degupan tak sekata dalam dada

Aku picit-picit dahi yang tak sakit, entahlah kenapa agaknya

Bergumpal rasa ada dalam dada, resah tanpa kata

Berdendam lagikah jiwa?

Tidak, aku doakan tidak

Cukuplah tahun-tahun kelam itu pergi

Persilakan bibit terang bersinar redup dalam hati

Siapa lagi jika bukan diri sendiri merawat hati?




Harapan entah ke mana perginya

Aku turutkan rasa dan naluri jiwa

Memandang mendung di kaki horizon

Kemudian petir menerangi dunia

Tofan kasar menerjah layar

Rabaklah ia, kolek ini beroleng

Namun naluri selalu berpesan

Segunung mana ombak, sekencang mana tofan

Itu biasa dalam mana-mana kehidupan

Berenang bila karam, berhanyut bila penat

Usah diharap pada keajaiban, jika ada ada, jika tiada tiada

Apalah diharap pada tubuh kolek semiskin ini

Sekadar menampung berat dosa sekelumit pahala tatkala berlayar pergi.






.

8 comments:

Kakzakie said...

Walau terumbang-ambing
berkolek ke sana ke mari
nafas berombak memenuhi rongga
hidup kena teruskan juga
rezeki kena digali dicari
selagai izrael tak dtg menjemput..

Daddy Ziyyad said...

kau karang sendiri?
bahasa ala ala indon..:P

CiKPuaNLawA said...

malas nak baca... hahahaha
kBaiii....

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Ada rajin, ada penatnya, kak....huhu


DaddyZ.
Ye, karang sendiri....tak percaya? Hahaha...
Alaa...satu perkataan je Indon, terus conclude ayat Indon...cisss...

CPL.
Kenapakah?
kita àda persamaan ceritakah? Huhuhu...

Aishah Jahirah said...

pergh...tunggu idea dr langit nak karang gini..hikhik

Nizam.Ariff said...

Aishah.
Tu aku karang spontan je...tp emosi dah lama terpendam.

Su @ Aya said...

both thumbs up! sedap sgt baca. dulu2 masa zaman sek, kalu jumpa sajak/puisi dlm suratkhabar yg sedap di baca, gunting simpan dalam fail.

Nizam.Ariff said...

Su,
Ok...simpanlah yg ni ek...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com