Wednesday, October 15, 2014

Cerita di sebuah pulau yang mahu tenggelam...

.


Pada suatu hari, seekor cerpelai berlari-lari dengan laju ke sekeliling pulau. Dia menjerit-jerit kepada seluruh penduduk kampung. Maka terpinga-pingalah kera-kera yang sedang melepak mengutip kutu, terpisat-pisatlah koala yang tidur siang, berketak-ketaklah sekampung ayam.

Sang Raja Singa yang sedang lepak di jerumun bermain-main dengan anaknya pun menjengah keluar. Apakah yang telah terjadi?

Lalu disuruh Pak Belang pergi mendapatkan cerpelai tadi dan bawakan mengadapnya. Sang Raja itu mahu dengar ceritanya.

"Anu....anu....err...gunung kat pulau ni dah mula berasap  dah nak meletup!" Cerita si cerpelai.


Maka disuruhlah cerpelai pulang dahulu untuk bertenang diri. Setelah sunyi jerumunnya, Sang Raja pun berbincanglah dengan Pak Belang, apa yang perlu dibuat. Yang telah pasti, mereka perlu keluar meninggalkan pulau itu. Pak Belang menyarankan dua pilihan:

  • Berenang ke pulau berdekatan tetapi boleh lemas, atau
  • Terjun ke dalam jurang untuk membunuh diri
Setelah berfikir sedetik, Sang Raja pun memilih berpindah ke pulau. Sudah tiba masanya seluruh penghuni pulau diberitahu. Demi menjadi raja yang bertanggungjawab, dia perlu memastikan rakyatnya berpeluang untuk hidup.Ya, bukan beri jaminan tetapi sekadar peluang untuk hidup. Lalu Sang Raja pun mengaum dengan kuat lalu mencapai sebuah megafon.

"Wahai ra'ayat beta sekaliannya, ketahuilah bahawasanya pulau ini akan meletup dan tenggelam! Sayugialah kita keluar dari pulau ini pada kadar segera!!!"


Maka oleh rakyat jelata yang panik itu masing-masing berlari ke pantai lalu terjun. Tidak kira kemana asalkan kaki tidak berpijak di atas pulau yang akan meletup itu. Maka yang pandai kuak lentang pun berkuak, yang pandai kuak kupu-kupu pun berkuak juga, yang pandai menyelam pun menyelam tapi ramai yang terjun tak timbul-timbul. Setelah beberapa ketika hampir kesemua pun lemas kerana tak mampu terapung di laut lama-lama. 


Pak Belang pun berbisik ke telinga Sang Raja Singa.

"Pssttt.... Lain kali sebelum bagi ra'ayat panik, tunjukkanlah dulu pulau kat sebelah sana tu, barulah mereka tahu nak berenang ke mana."


Sang Raja Singa terdiam, terkejut melihat hampir kesemua rakyatnya tenggelam timbul dilambung ombak. Kemudian Pak Belang cuit lagi bahu Sang Raja Singa, maka Sang Raja itu pun tunduk memberikan cuping telinganya.


"Pssttt....bodoh!!!" Bisik Pak Belang lagi.





.

8 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

skrg ni...

singa ke harimau yg raja rimba?

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Singa....
Rimau jd penasihat bertauliah je...

jeb said...

Atau memang sengaja raja tidak memberitahu kedudukan pulau tu?

Nizam.Ariff said...

Jeb.
Hah!!! Betul gak tu...
Nnt aku tulis sbgnnya....hehe

Daddy Ziyyad said...

pulau tu mesti di kawasan kepulauan Australia...sebab ada koala..hahaha

Nizam.Ariff said...

DaddyZ.
Koala hanyut laa....haha

LydSunshine said...

ooo, gini kisahnya bermula. Faham..faham.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Haha...baca terbalik lak..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com