Thursday, October 16, 2014

Cerita Raja Singa dan Pak Belang...

.

Cerita Sang Raja Singa dan Pak Belang belum habis di situ...



Demi melihat rakyat jelatanya sudah berhambur diri, membuangkan diri ke laut, sedihlah Sang Raja Singa. Saki baki rakyatnya yang tadi terkapai-kapai memaut pada kayu hanyut kini telah senyap dibenam ombak. Manakala di pulau itu pula, sarang dan jerumun mulai runtuh dan terkopak dek gegaran. Gunung sudah mulai berasap tebal, bila-bila masa sahaja akan memuntahkan lahar pijar.



Sang Raja pun menarik tangan Pak Belang ke dalam semak. Apabila semak-samun dikuak, ada sebuah rakit buluh di situ. Sang Raja menyuruh Pak Belang ambil pendayung yang diperbuat daripada seludang kelapa.

Mereka berdua pun menyorongkan rakit buluh itu ke gigi pantai.

"Moh le kite ke pulau tu... cepat dayungkan beta." Suruh Sang Raja Singa.



Rakit buluh itu meluncur perlahan-lahan membelah ombak, dan celah-celah bangkai rakyat yang mati lemas. Pak Belang berasa tak puas hati. Kenapa Sang Raja Singa sanggup berbuat begitu kepada rakyatnya.

"Itulah strategi namanya... kamu apa tau bab-bab strategi ni. Pulau tu kecik je. Kalau semua pergi ke situ, sendatlah nanti."



Kemudian, Sang Raja Singa membongkok kepada Pak Belang lantas berbisik...



"Pssstt....... bodoh!"



Sang Raja Singa pun tertawa besar...







.


5 comments:

sudipVSsenduk said...

"Pssstt ......






Salam Jumaat"

Daddy Ziyyad said...

selamat kah singa & belang sampai ke pulau sebelah tu?

Nizam.Ariff said...

SvS.
Salam jumaat....alhamdulillah.....hehehohoho...


DaddyZ.
Hmmm....buah (fikiran) yg bernas...
Nanti aku ceritakan pula nasib mereka di pulau baru tu...

LydSunshine said...

kalau ye pun pulau tu kecik, jgn la korbankan semuanya. nnt diri sendiri susah tanpa rakyat.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Mana aci baca blkg dulu...dah tau trick citernya haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com