Monday, October 27, 2014

Tanya sama pokok apa sebab goyang...?

.


Cuba ambil sebiji benih dan semaikan di dalam pasu.
Siramkan, letakkan di bawah matahari.
Lihatlah ia bertunas dan membesar menjadi pokok.
Cuba ambil penimbang dan timbanglah sepasunya.
Adakah sama atau bertambah daripada awal semaian dulu?
Adakah tanahnya berkurang untuk membentuk selular pokok?


Air dan mineral hanyalah bahan binaan untuk pokok itu.
Yang penting ialah cahaya matahari dan sinar lembayungnya.
Memecahkan molekul air dan gabungkan dengan angin.
Ia menjadi makanan asas pokok untuk terus membesar.

Jikalau kita lihat bumi ini sebagai satu sistem tertutup,
Segala bahan yang pokok perlukan untuk hidup ada dan dikitar semula.
Seperti kitaran air dan hujan.
Seperti kitaran angin yang dihela dan dihembuskan.
Seperti kitaran mineral yang dimakan dan dikomposkan.
Semuanya ada di dalam sistem bumi...kecuali satu...

Kecuali satu....cahaya matahari.
Cahaya foton itu dipugar dan dihantar dari perut matahari.
Kepada seisi bumi.
Lalu pokok pun membina selular dan membesar dengannya.
Maknanya, satu unsur lain telah ditambah ke dalam sistem bumi.

Soalannya:
Jikalau kita timbang jisim bumi 1 bilion tahun dulu
Dengan bumi pada hari ini, adakah jisim bumi bertambah?
Adakah bumi menjadi semakin berat?


Manusia adalah sistem yang lebih kompleks daripada pokok.
Manusia tidak menggunakan cahaya matahari secara langsung untuk membina selular tubuhnya.
Manusia hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di bumi.
Bahan-bahan yang ada dalam sistem tertutup bumi.

Soalannya:
Jikalau kita timbang jisim bumi sejak manusia hanya dua orang
Bandingkan pula dengan bumi sekarang dengan 7 bilion orang
Adakah jisim bumi bertambah?


Tuhan berikan satu unsur luar iaitu cahaya...
Sebagai bahan binaan pokok
Yang binatang makan dan kita pula makan
Dan kita membiak dari dua orang
Menjadi 7 bilion orang.

Tuhan juga berikan cahaya
Ke dalam hati kita
Untuk kita memahami dan berilmu
Dan menjadi spesis yang terunggul
Untuk terus kekal membiak dan membina
Dari hanya dua orang
Menjadi 7 bilion orang.




.

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

Jisim bumi logiknya bertambah...
tulang temulang manusia yg dah mati, menambah kpd beratnya bumi :)

Nizam.Ariff said...

DaddyZ.
Tapiii....manusia tidak menggunakan unsur lain yg di luar dr sistem bumi. Bagaimana jisim bumi boleh bertambah jika tiada unsur luar dibawa masuk?

cinta said...

Bertambah dgn bantuan 1 unsur luar (cahaya matahari). yg tiada jadi ada (pokok tumbuh, manusia lahir, etc.), yg kecil (1 sel) jadi besar (byk sel).

Mgkin juga tidak bertambah kalau yg berlaku itu sebenarnya 'replacement'. yg baru (makhluk lahir, benih bertunas, etc) menggantikan yg 'hilang' (mati).

Allahu alam


Hebat kan?

Tapi ada manusia yg kata itu semua kebetulan.

Derhaka sungguh.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Mgkn mereka blom ketemu...padahal jawapan ada di depan mata. Hijab mereka blom tersingkap lg tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com