Wednesday, October 1, 2014

The art of negotiation #4.... trust me...


.



Negotiation / rundingan bukan hanya untuk membeli sebungkus bawang merah di pasar. Ia digunakan sehari-hari... ketika 'berunding' dengan anak yang mahukan alat mainan, atau 'berunding' dengan pasangan yang mahu memilih destinasi percutian yang melampaui bajet kita. Untuk menyenaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk negotiation / rundingan mudah sahaja. Google sahaja, maka keluarlah segala jenis mak nenek senarainya. Tapi, aku rasa lebih eloklah aku tulis berdasarkan cerita aku sendiri.


Trust me...!


Satu perkataan yang digeruni dan mampu memecahkan kotak minda...sama ada untuk percaya atau tidak. Beberapa tahun dulu, aku ada tertonton satu muvi (bahasa Sepa ni), ada satu babak rundingan dan salah seorang aktor telah menggunakan perkataan 'you can trust me'. Lawannya memberikan komen, ' you are using the highest card on me... mind you'.



What if I don't trust you?


Ya, kalaulah pihak lawan tak boleh mempercayainya, apa lagi yang boleh dia katakan? Itulah maksud 'playing the highest card'. Kepada sesiapa yang pernah bermain daun terup - tak kisah permainan apa pun.. poker, black jack, 400 dsb, kita akan sorokkan nilai kad yang tinggi untuk kegunaan kemudian. Kad seperti Ace, King, Queen dan Jack adalah bernilai tinggi. Jikalau kita awal-awal lagi telah menggunakan kad Ace (nilai tinggi) dan pihak lawan masih tak boleh tertewas, apa lagi kad yang boleh kita letakkan di atas meja? Itulah maksudnya.


Berbalik kepada negotiation / rundingan...

Salah satu aspek persediaan sebelum berunding ialah memilih personaliti yang sesuai. Personaliti memainkan peranan dalam rundingan, bukan boleh tolak sesiapa sahaja untuk berunding. Jika personalitinya tidak sesuai dengan orang yang ingin dirunding, silap haribulan rundingan tak akan kemana-mana atau lebih teruk, gagal. Selain daripada personaliti, kKapasiti dan kebolehan seorang jururunding juga diperlukan.



Ketika berunding biasanya masing-masing ada 'membawa bakul tawaran' - yakni apa yang boleh ditawarkan dan dia perlu tahu had-hadnya. Perundingan dijalankan dengan masing-masing memberi tawaran dengan niat untuk meminta apa yang dihajati. Perkara yang di hajati tidak semestinya ada di dalam 'bakul tawaran' pihak lawan. Kadang-kadang yang ditawarkan itu adalah 'sampah', benda yang tidak perlu. Sebagai contoh, tawaran pengambil-alihan EON oleh PROTON satu masa dahulu. Pemilik EON memberikan syarat kalau nak ambil EON, sila ambil sekali EON Bank dan segala tanggungannya.



Jikalau 'bakul tawaran' sudah kosong dan rundingan belum muktamad, nak buat apa? Terpaksalah menggunakan aset yang ada di dalam personaliti.. salah satunya ialah kepercayaan.... 'trust me'.



'Trust me' is the highest card in a negotiation.


Dalam sesuatu perhubungan - tidak kira sama ada ianya sosial atau perniagaan atau urusan lain, kepercayaan adalah asasnya. Amanah juga berasaskan kepercayaan - sama ada percaya kepada orang yang memberi/menerima amanah atau percaya kepada kemampuan diri untuk memikul amanah. Jika orang tidak percaya, tiada apa lagi yang boleh ditawarkan lebih tinggi daripada itu kerana perkataan 'trust me' itu telah menyentuh dasar perhubungan iaitu kepercayaan.


If we cannot trust each other, the deal is off.

Berhati-hatilah apabila menggunakan perkataan ini...





.

6 comments:

Daddy Ziyyad said...

Seni bernegosiasi ini, kebanyakkan kaki MC aku gagal dalam menguasainya..hahahaha

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Hahaha....ko keras....

Kakzakie said...

Wahh.. hebatlah Nizam. Kakak mula meletakkan kondisi dlm sykt kakak kerja sekarang pulak. Sungguh sangat bertepatan utk diaplikasikan.. Kita mudah menuturkan kata "percayalah" tapi utk buat org percaya bukan mudah...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Betul tu kak, sekali kepercayaan client atau supplier tergugat, payah nak convince semula..dan biasanya at an extra cost. Kadang2 klu supplier dah 'terkena' ttg forecast atau payment, next time dia quote extra....cost of business risk....

cik kaki ketawe said...

Sebab trust tu basic pada sesuatu 'negotiation'... tanpa kepercayaan sesuatu tu tak cukup sempurna, tapi
Kenapa orang selalu salah guna kepercayaan? Kepercayaan soalah2 satu permainan trust and error jadinya... seolah2 kita gadaikan card queen demi nak selamat kan jack sedangkan orang
Tamak untuk dapatkan King,dan apakah yg sy merepek ni? Hahaaaa

Nizam.Ariff said...

CikKK.
Ya, tepat sekali ..di.sbbkn trust, org sggup gadai queen utk selamatkn jack.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com