Sunday, November 23, 2014

Bezanya fruit juice dan fresh juice...

.

Siang tadi aku singgah minum di sebuah kedai makan di tepi tasek di shah alam, berhampiran air terjun buatan, bukannya semulajadi. Hajat di hati nak minum air buah. Tiba-tiba tekak ni nak merasa buah.

Aku lihat menu...aku baca menu...ada jus buah. Aku nak minum air epal. Aku tanya pelayan, jus buah epal gelas besar ada? Dia tunjukkan gelas standard. Tak mengapalah, aku pesan jus epal. Dan aku minta dua potong buah nanas.

Bila pelayan itu hilang di balik kaunter air, aku lihat semula menu. Ada fruit juice...dan ada fresh juice...fresh juice? Adakah bezanya....??? Aku dah cuak.

Aku tengok harganya...fruit juice RM4...yang fresh RM5. Aku rasa kalau harga RM4 tu mungkin buah juga. Tapi apa bezanya?


Sekali datang...hah kau...'jus' epal macam twister atau yang dalam kotak 1 liter tu. Dah lah tu, gelas cilik penuh dengan ais. Kalau aku sedut tiga kali....tinggal ais.

Aku panggil balik pelayan...aku cakap yang aku nakkan air epal, bukan air dari botol. Takpe, pengajaran...jus dan fresh juice tak sama rupa-rupanya.

Aku rasa lagi puas kalau minum air jambu batu asam boi di gerai payung tepi jalan tu....





.

8 comments:

Daddy Ziyyad said...

Aku mmg benci dgn kedai yang kalau jual air ( tak kisah la air apa pun), dia taruk ais banyak banyak..so technically, air nya mmg sikit!

Rai OurKizuna said...

jahat betul meniaga.. macam mana la nak bertahan lama macam tu.. tak berkat..

Rapunzel Cikilolo said...

huhuhu.

comparison yang mengelirukan.

kalau air twister harga rm4 maknanya, die mark-up rm2 utk ais batu.

nae nematoda said...

sebenarnya ni, first time dengar fruit juice dan fresh juice...baru tahu, ada beza dua benda ni...

kakyon said...

nak cari untung semata-mata..huhu

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Kannn...? Nyampah klu byk ais...


Rai.
Masalahnya, dah lama gak dia meniaga kat situ..haha

Rapunzel.
Itu mark up 500% kut...

Nang.
Aku pun baru perasan....tapi fruit juice pun jgnlah sampai mcm tu harganya... Se tin Zappel sejuk baru RM1.50 kat kedai....


Kak Yon.
Mmg untung meniaga air, kak...

Time Traveller said...

In the end kedai payung lagi best dan murah kan :D

LydSunshine said...

Kedai tu je kot yg bg nama jucie tu mcm tu. apapun, jus jambu asam boi mmg paling sedap. Nyum.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com