Saturday, November 22, 2014

Fasa - fasa yang dilalui oleh penggemar burger...

.

Beberapa minggu lepas, aku ke PKNS. Di situ ada McD. Sudah lama ia di situ. Bujang-bujang dulu, selalu juga aku ke situ.

Tapi bila aku ke situ untuk menjengah, aku dapati ia hampir tiada pelanggan. Pekerjanya berborak. Kiosk ais krim vanilla
yang biasanya berbaris orang beratur, telah lengang.

Aku lihat McD di roundabout seksyen 3 juga begitu, kurang sambutan. Ada pelanggan tapi kurang sesangat. Berkesan sungguh kempen anti Israel.


Dari sudut psikologi pemakan burger, fasa pemisahan adalah fasa yang sukar. Ramai yang gagal untuk berpisah dengan burger McD. Kemudian fasa pembiasaan. Fasa yang cuba membiasa dan memujuk nafsu atas kehilangan citarasa burger. Setelah beberapa ama, maka tibalah fasa yang ditakuti oleh mereka yang ingin dipisahkan dari (eh, macam translate dari English pula?).

Fasa ketiga ialah fasa realisasi. Fasa kesedaran diri bahawa tanpa burger McD pun tak mengapa. Mungkin juga telah berjumpa burger pengganti yang, kalau pun tak setaraf rasanya, masih boleh diterima. Boleh bertoleransi dengan kekurangan.

Akhirnya, burger McD pun dilupa. Biar pun dilancarkan promosi beli 1 dapat percuma 1, ia mungkin tidak dapat mengembalikan kesemua pelanggan yang dulu. Jika mereka  mahu kekalkan atau pujuk semula pelanggan, segala usaha mati-matian perlu dilakukan pada fasa kedua.


Apabila telah beberapa lamaaaaa....maka datanglah fasa kenangan. Fasa yang mengembalikan nostalgia. Bekas pelanggan yang masuk ke fasa ini mungkin akan kembali menjamah burger McD.

Kalau McD tak mampu menunggu lama, ia terpaksa mencari pelanggan baru. Sudah tentulah sasarannya budak-budak yang tidak tahu/mengerti tentang kempen anti Israel itu.

Kita lihat berapa lama McD di PKNS itu dapat bertahan..... Atau mungkin ia berjaya mengembalikan pelanggannya. Esok-esok aku nak pantau....ya, pantau je...





,

10 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

semalam aku baru lalu depan mcd tu.

kbai.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Apasal tak singgah rumah...dekat dah tu..

kakyon said...

kempen kita berkesankan..ini yg dikatakan kuasa ada ditangan pembeli..

Nizam.Ariff said...

Kakyon.
Ya...klu ini berjaya, kempen yg lain pun boleh berjaya...

ewanthology said...

tolong pantau sekali ada lagi tak org makan nasi kerabu kat meja mcD tu.

ewanthology said...

dengar cerita nestle pun ada menyumbang kepada israel... bila turn nak boikot nestle pulak?


atau org kita boikot mcD sebab ada KFC sebagai alternatifnya...nak boikot nestle takde pulak alternatif yang best.

Su @ Aya said...

mlm semalam tiba2 terasa nk makan burger. pastu teringt nk jenguk burger mcd. tapi disebabkan mls nk drive ke bdr, drive jer ke kedai burger kt chendering yg kedainya style2 western gitu.

kalu tak, dah jadi dah mcm yg nko cakap tu. mengimbau kenangan katanya. hahaha...

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Ada pengganti nestle...milo:vico, nescafe:kopi duda gagah....haha
Nasi kerabu?? Hahaha....


Su,
Takpe...apa salahnya mengimbau kenangan sekali sekala....:)

Cik Iman said...

ramai je gi McD skang, macam tak de apa-apa perubahan

Nizam.Ariff said...

Cik Iman.
Kat sini dah kurang byk...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com