Sunday, November 9, 2014

Ingin ku pinang si gadis ayu bertudung peppel

.


Tengahari tadi...
Pulang dari servis kereta, melintas di hadapan SACC Mall.
Aku lihat lampu isyarat pejalan kaki baru bertukar warna dari hijau menjadi amber.
Ada sekumpulan 3 anak gadis belasan tahun sedang berkira-kira mahu melintas.
Walau pun aku masih boleh sempat memecut untuk melintas tanpa melanggar lampu isyarat merah,
aku tak mahu teruskan, aku berhenti di depan mereka sebelum lampu isyarat bercacah merah.


Aku pandang wajah salah seorang daripada mereka.
Si gadis ayu berbaju kurung hijau dan bertudung ungu kehitaman.
Wajahnya putih bersih, bujur sireh, berkening lurus, berbibir merah mungil.
Tingginya sederhana, susuk badannya juga sederhana.
Dia ayu.


Dia memandang aku yang kaku sejenak memegang steering, mungkin untuk memastikan bahawa
aku tidak berkira untuk menekan pedal minyak, lalu melanggar dia.
Dia berjalan untuk melintas tapi mata kami berdua tidak lepas pandang-memandang.
Tanpa aku duga, dia lemparkan senyuman padaku.
Kemudian dia anggukkan sedikit wajahnya yang ayu sambil mengucapkan sesuatu.
Dari gerak bibirnya, aku meneka dia berkata "terima kasih".


Serta merta hati aku terpaut, anak siapakah dia?
Budi pekerti baik dan amat bersopan sekali, untuk gadis belasan tahun seperti dia.
Sesungguhnya, aku mahu pinang dia.
.
.
.
.

Menjadi suri hidup anak aku,
menjadi menantu.






.

2 comments:

Su @ Aya said...

Err.. bukan arif kecik lagi ker? Hahaha...

Nizam.Ariff said...

Su.
Budak tu pun kecik lagi ...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com