Friday, November 28, 2014

Malaikat bergerak selaju cahaya...?

.


Apabila memberi maksud kepada tafsiran surah  Al-Hajj ayat 47 dan As-Sajadah ayat 5, sudah ramai yang memberi tafsiran sehari dan seribu tahun itu pada kelajuan cahaya. Melalui pengiraan falak yang agak kompleks, nisbah itu adalah kecepatan urusan Tuhan yakni 'malaikat', kata mereka dan kelajuan itu adalah kelajuan cahaya. Silalah google, berlambak boleh kita jumpai.


Aku pernah menulis tentang bahayanya jika kita mengukur fakta Al Quran dengan ilmu yang inferior seperti ilmu sains. Aku pernah mengulang-kata bahawa jangan diduga lautan yang dalam jika kail hanya sejengkal panjang. Janganlah diukur Al Quran itu dengan mana-mana cabang ilmu. Kita boleh tafsirkan Al Quran mengikut cabang-cabang ilmu dunia, untuk kita lebih memahami erti sebenar tetapi janganlah jadi 'senjata makan tuan' dengan cuba mengukur ketepatan Al Quran dengan ilmu yang inferior. Sepatutnya adalah sebaliknya.


Kita ambil contoh penafsiran saintifik oleh segelintir ilmuwan terhadap ayat-ayat di atas.

Dari pengiraan mereka tentang nisbah 'sehari' bersamaan dengan 'seribu tahun' (dan '50,000' tahun), dengan menggunakan peredaran masa yang diambil oleh bumi untuk selama seribu tahun, selama itu bumi telah bergerak sekian-sekian juta kilometer selama seribu tahun untuk dinisbahkan kepada masa 24 jam (sehari) itu. Apabila jarak peredaran bumi selama 1000 tahun (dalam km) di bahagikan dengan 24 jam (dalam jam), maka kita boleh dapat satu nilai yang 0.9 x kelajuan cahaya...atau menyamai kelajuan cahaya. Maka, dirumuskan oleh mereka bahawa kelajuan 'urusan' Tuhan itu adalah bergerak pada kelajuan cahaya.



Apa yang tidak kena? Apa yang aku katakan bahaya tadi?

Mereka merumuskan bahawa 'urusan Tuhan' itu bergerak pada kelajuan cahaya. Cuba lihat beberapa perkara berikut:-

·     Cahaya matahari memerlukan masa selama 8 minit lebih untuk sampai ke mukabumi. Adakah 'urusan Tuhan' juga memerlukan masa selama lebih 8 minit?

·     Sains menganggap bahawa kelajuan cahaya adalah kelajuan muktamad, bermakna tiada yang lebih laju daripada cahaya. Adakah 'urusan Tuhan' juga ada had mutlak untuk dilaksanakan?

·    'urusan Tuhan' itu bergerak dan berjarak, jauh pula tu. Adakah Allah dan makhlukNya dipisahkan dengan jarak dan masa?

·    Adakah wujud Allah itu memerlukan jarak (ruang) dan masa?



Aku tak kata tafsir itu tak betul. Aku cuma katakan bahawa kaedah tafsiran sebegitu membawa kepada satu kesimpulan / rumusan yang berbahaya. Ianya tambah berbahaya kerana rumusan itu nanti dibaca pula dengan pemahaman dari ilmu yang lebih inferior.


Sebenarnya, ada cara lain untuk memahaminya... cuma mungkin bukan sekarang.






.

7 comments:

cinta said...

setuju!

sgt setuju!

Bahaya pada akidah.

Lagipun masa itu makhluk Allah.

dan Allah tidak 'tertakluk' atau 'terperangkap' oleh ruang masa. Jadi boleh menerangkan kenapa Allah itu wujud tiada awal dan tiada akhir.

Kakzakie Purvit said...

Betul kerana 'tergolek' sikit pertimbangan boleh membawa kepada tergelincir iman..

Allah mampu membuat/berbuat apa juga hingga rasulNya pun tak mampu menduga seperti bilakah kiamat akan terjadi.

N3 yg baik dijadikan renungan bersama

Dr K said...

teringat aku ceramah agama tentan g Israq Mikraj...Ustaz tu menyebut bahawa Buraq, adalah dari cahaya..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Dah lurus tu....jgn belok2 dah.

Kakzakie.
Ibarat meniti di atas sehelai rambut....


Daddyz.
Mgkin sifatnya yg mcm cahaya...
Malaikat adalah cahaya.
Buraq bukan malaikat...

Sham said...

ada 1 teori aku pernah dengar mengatakan:

apabila sesuatu benda bergerak melebihi kelajuan cahaya, masa bukan lagi 1 faktor baginya...bermakna ia boleh bergerak merentasi masa...

betul ke..? i don know...hee3

Anonymous said...

tak tercapai akalku nizam...

tapi aku percaya apa yang diperkatakan.

Nizam.Ariff said...

Sham.
Aku rasa lebih sesuai the other way around.....sesuatu yang boleh bergerak merentasi masa, masa bukanlahsatu faktor baginya...


Rapunzel.
Benda2 ghaib ni mmg payah nak visualize...aku pun sama gak.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com