Thursday, November 27, 2014

Masa bisa meleding???


.





Ohhh!... aku terlupa, aku masih terhutang cerita tentang Time Dilation di sini.

Baiklah. Dalam salah satu entri sebelum ni, aku ceritakan tentang kesan berat sesuatu jisim terhadap fabrik ruang-masa. Jisim (kg) mempunyai berat apabila ada kesan graviti (g). Jadi, berat adalah jisim x graviti (kg)(m/s2). Dengan kata lain, jika di sesuatu tempat itu tiada graviti, maka jisim itu tiada berat atau nir-berat. Adakah jika tiada berat bermakna tiada jisim? Tidak juga, kerana jumlah jisim tidak berkurang pun walau tanpa graviti. Apakah jisim? Jisim adalah susun-atur jirim yang mengambil ruang atau bentuk tertentu. Apakah jirim? Jirim adalah partikel-partikel zarah dan sub-zarah. Adakah partikel sub-zarah yang berbentuk tenaga tulen (pure energy)  tidak berjirim, maka tidak berjisim, maka ia tidak mempunyai berat kerana graviti tidak dapat bertindak kepada entiti yang tidak berjisim? Entah!



Apakah graviti?

Satu soalan yang menarik. Kalau ada sesiapa yang boleh terangkan apa itu graviti. dia memang handal! Kerana sampai sekarang tiada saintis yang tahu apakah itu graviti. Aku tak tahu apa itu graviti.

Apa yang saintis tahu ialah kesan graviti kepada alam ini. Berkenaan jisim dan berat, itu adalah kesan graviti. Berkenaan orang melompat-lompat di bulan, itu adalah kesan graviti (kekurangan graviti). Berkenaan graviti dan fabrik ruang-masa, itu juga adalah kesan graviti. Apa sebenarnya graviti?

Seperti partikel cahaya, kita gelarkan foton (photon), begitulah juga graviti itu digelar graviton. Tapi apakah graviton? Tiada orang yang tahu. Kita cuma tahu kesan graviton ini kepada alam ini. Bagaimana mekanisme graviton bertindak keatas alam ini terutamanya kepada jasad yang berjisim? Entah!

Apabila dua jasad ada berdekatan, graviti pun bertindak. Jasad A akan menarik jasad B dan begitu juga sebaliknya. Seperti Bumi dan Bulan, seperti Bumi dan Mentari. Namun apabila dua jasad tadi dijauhkan, tarikan graviti pun menjadi lemah seolah-olah hilang. Jadi, bagaimanakah graviti wujud? Adakah graviti itu bersatu dengan jisim seperti mana jasad dan bayang-bayangnya? Adakah graviti itu 'nyawa' kepada jisim? Entah!



Dikatakan graviti mampu memberikan kesan kepada fabrik ruang-masa, seperti yang diceritakan sebelum ini. Kesan graviti terhadap ruang-masa bolehlah diandaikan seperti berikut:

Ambil sekeping getah selebar 1 cm dan sepanjang 1 meter. Tandakan setiap 1 cm dengan pen sepanjang getah itu. Ikatkan satu hujung kepada pancang dan tarik satu hujung lagi sehingga getah itu memanjang sebanyak 0.5 meter lagi. Apabila kita lihat semula tandaan pen tadi, kita akan dapati jarak tandaan sudah berbeza. Malah kita boleh dapati bahawa jarak tandaan pen tadi lebih panjang pada hujung yang ditarik berbanding hujung yang diikat.

Apakah jadahnya semua ini?

Bayangkan getah tadi itu mewakili fabrik ruang-masa. Kita dapati jarak masa akan berubah mengikut daya tarikan tadi. Dalam hal ini, ialah tarikan graviti. Jadi, menurut ahli sains, graviti mampu merubah masa! Benarkah? Entah!



Masa adalah relatif, itu kata Prof. Einstein. Katanya lagi, jika kita sedang dilamun cinta, kita tidak sedar bahawa masa berlalu pergi dengan cepat. Adakah kekuatan cinta itu seperti graviti juga - yakni mampu merubah masa? Entah!



Ahli sains sedang mencuba untuk merungkaikan rahsia struktur alam ini. Bukan berniat untuk menafikan Tuhan (walau ada banyak ahli sains yang menafikan hak penciptaan Tuhan dan Tuhan itu sendiri), mereka (dan aku) mahu cuba memahami bagaimana alam ini tercipta, bagaimana Tuhan mentadbir alam ini dengan peraturan-peraturanNya dan apakah peraturan-peraturan itu?

Silalah baca surah Ar-Rahman ayat 1-10.

Diceritakan tentang peraturan dan keseimbangan, dan pesanan agar jangan merosakkan keseimbangan itu.

Silalah baca surah Al-Hajj ayat 47, As-Sajadah ayat 5, Al-Ma'aarij ayat 4.

Diceritakan tentang relativiti masa... atau Time Dilation.







.


7 comments:

Anonymous said...

surah yang menceritakan segala macam nikmat Allah...

nikmat yang mana kamu dustakan?

wallahualam...

ewanthology said...

poning den baco

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Ya, bila kena tanya bertalu talu tu, nak pengsan nak jawabnya....nanges.

Ewan.
Den dah tulis mudah tu ...haha

cinta said...

tiba2 teringat satu dokumentari ttg bulan menjauhi bumi 1.5" setiap tahun.

Graviti bulan pada jarak antara bulan & bumi skrg menstabilkan bumi pd tahap optimum. Pada masa depan bila bulan menjauhi bumi pd jarak yg lebih jauh gerhana penuh akan menjadi satu sejarah, dan graviti bulan tidak cukup kuat utk menstabilkn bumi (boleh jadi satu sebab kecondongan bumi berubah or mcm yg kau prnah cerita dulu bumi berpusing secara 'bersepah') dan logiknya juga akan memberi kesan kpd masa sbb jarak masa antara fasa bulan sabit dan bulan penuh akan bertambah.

tapi.. eh, ini kesan drp diameter orbit bulan yg semakin besar (sbb menjauhi bumi), bukan kesan graviti.

tiba2 je rasa komen aku mcm xrelevan.

entah.

haha..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Betul3x....

Anonymous said...

ko singgah persidangan umno ke?

hehe.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Baca paper je laa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com