Tuesday, December 2, 2014

Kisah seorang wanita, selipar buruk dan tong plastiknya di sebuah masjid


.


Jumaat lepas...

Usai solat jumaat di masjid S. Alam, aku berjalan keluar ke pintu 4. Aku tunggu Ariff di situ kerana dia letakkan sandalnya di tempat lain, jauh. Jadi aku tunggu di pintu 4.

Aku keluar lewat, jemaah hampir kosong. Setiba aku di pintu 4, ada wajah wanita yang biasa aku lihat di situ. Wajah gelap dan cengkung berbaju kurung lusuh, memegang bekas plastik.


Aku kenal wajah wanita itu dan aku rasa dia pun cam wajah aku, kerana bertahun-tahun dulu, dia sering aku jumpa di pasar malam berdekatan rumah aku yang dulu.


Terlintas dalam hati, sekian lama dia meminta sedekah, masih boleh hidup pun. Mengemis bertahun-tahun, berharap ehsan orang pun boleh hidup sedangkan aku masih berkira-kira untuk berhenti kerja, payah dan susah hati. Terfikir aku....apakah yang dia fikir? Ada masalah? Bahagia?


Beberapa ela menghampiri pintu 4, dia terlebih dahulu memberikan salam kepadaku, dengan senyuman seperti kenalan lama. Aku jawab salamnya dan aku seluk kocek lalu meletakkan sedikit wang ricihan. Aku balas senyumnya. Aku jeling wadah plastiknya...kosong. Mungkin kutipan tadi telah dikumpul dan disimpan, fikirku.


Kemudian aku berdiri berselang 10-15 kaki darinya, di tepi jalan sama sepertinya, menunggu Ariff. Sambil itu aku lihat satu demi satu kereta keluar. Wanita itu hulurkan bekas plastik ke tingkap kereta. Ada 2-3 orang hulurkan wang tapi banyak yang tak turunkan cermin kereta pun. Banyak kereta mewah yang keluar kemudian. Mungkin mereka kaya, mereka towkeh atau bos. Biasanya, pekerja seperti aku yang kena keluar awal sebab kena masuk pejabat atau kilang awal. (Oh..aku cuti sakit pada hari itu).

Kemudian ada sebuah Alphard putih. Pemandunya berjubah putih, berketayap putih, wajahnya bersih. Aku cerap segala tentang orang itu sebab dia berhenti dan hulurkan wang kepada wanita itu jadi aku punyai masa melihat kemewahan yang ada di dalam Alphard besar itu. Terfikir aku apa kerjanya sehingga memiliki kereta sebesar itu.


Mungkin kerana aku pandang dia lama, dia lemparkan senyum bila lalu di depan aku. Aku ekori kereta besarnya dengan mataku sehingglah dia masuk ke jalan besar.


Kemudian, wanita itu melambai aku sambil menunjukkan wang dan kereta Aplhard tadi. Aku tak faham. Dia buka lipatan not berwarna kelabu itu....RM 50. Mulutnya mengucap syukur sambil geleng2 kepala, mungkin tak percaya dengan apa yang diterimanya.


"Murah rezeki kamu hari ini." Kataku kepadanya.


Wanita itu angguk2 kepalanya. Sekali lagi dia ucapkan syukur sambil meletakkan duit itu di atas dahinya. Aku rasa dia mesti terharu kerana aku juga rasa terharu dengan apa yang Allah tunjukkan di depan mata aku. Jawapan yang jelas....di depan mata aku. Bahawasanya rezeki milikNya, tak kira dimana dan bagaimana caranya...






.

6 comments:

ewanthology said...

setiap manusia ada masalah masing masing. yang ada kerja pun ada masalah, inikan pulak yang takde keje.

Cik Matahariku said...

suka cerita seperti ini, mengambil pelajaran hidup orang lain untuk pengajaran diri sendiri..salam kenal:)

Kniedaz said...

aku berkira2 bila agaknya aku boleh menghulur not RM50 kepada org seperti makcik tu...tapi alhamdulillah aku masih boleh menghulur sekadar apa yang aku mampu berikan..

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Masing2 ada dugaannya....

Cik M.
Wsalam, jemputlah je sini lagi...

Kniedaz.
Byk sikit tak jd ukuran.
Tapi kalau sekali beri kemudian hidupnya byk berubah, mesti kita pun lebih puas hati...kan?

Rapunzel Cikilolo said...

terharu tengok makcik tu.

mgkin ko rasa die boleh hidup.

tp ko prnh pk mcm mana die hidup?

wallahualam.

LydSunshine said...

Sesuai la pemandu Alphard itu dgn kereta, dan pakaian jubah putihnya. Murah juga rejeki makcik tu.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com