Monday, December 29, 2014

Madu usang...

.




Semasa menyelongkar almari di rumah mertua, aku terjumpa beberapa botol madu. Diantaranya ada dua botol madu yang kelihatan sudah lama....sudah usang. Sudah berkerak. Sudah hitam warnanya.

Dua botol madu itu diambil di ladang getah. Sekarang, ladang getah sudah tiada. Sudah berganti ladang sawit yang sudah besar panjang dan perlu dikait. Lama...sudah lama. Berapa lama?


Botol yang di sebelah kanan?: 8-9 tahun.
Botol yang di sebelah kiri?: lebih dari 10 tahun!

Berkeladak...seperti minyak enjin 50k km hitamnya.

Tapi, aku mahu cuba rasa. Maklumlah, dengar katanya madu tak basi. Pernah ahli arkeologi menjumpai sebekas madu di makam purba zaman firaun. Itu sudah beribu tahun dan didapati masih lagi elok. Inikan pula setakat 10 tahun lebih.

Aku tuang dalam 3 sudu ke dalam gelas. Rasanya?

Kelat sedikit...pahit sedikit...tapi masih ada rasa manisnya.

Aku ceritakan kepada sahabat2 dalam group sekolah. Ada seorang bertanya, "tak beracun ke?"...


Alamak...! Aku dah telan baru tanya...


Itu semalam. Sehingga hari ini, aku masih ok....dan terasa macam power pun ada...heh.




.

14 comments:

nae nematoda said...

madu tu tak berbuih, ke ? bau dia camna ?

Nizam.Ariff said...

Nang.
Dah hilang buihnya kut....baunya mcm bau btg kayu reput...mcm bau lilin.

Rapunzel Cikilolo said...

tkpe...

baru makan satu sudu...

aizamia3 said...

3 sudu ok lagi kot.. takkan nak minum sampai habis 1 botol tu..

Su @ Aya said...

kat rumah aku pun ada zam.. dah hitam kalernya.. tapi dah seusia yg ko punya tu la.. muda skit lg rasanya. tapi.. aku takut nak makan walaupun aku suka minum madu campur limau nipis! hahaha..

org tua2 memg gitu zam kan, suka simpan sebab sayg nak habiskan.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
3 sudu....

Aizamia.
Sebotol kalu, superman jadinya....haha


Su.
Mgkin seban payah nak dpt madu liar ni....sayang nak habiskan...

cinta said...

itu madu.
cuba budu pula.
hee..

ewanthology said...

lebih lama peram lebih hebat khasiatnya... kot :-)

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Budu???? Dah tak payah....haha


Ewan.
Eksperimen aku tak sempat habis...

suka suka said...

Akak pun ada sebotol madu yg disimpan lama.. sayang nak buang.. bukannya basi..

Nizam.Ariff said...

Sukasuka.
Madu di rumah aku kerap habis..

Kniedaz said...

huhu..betul ke tu botol madu??









errrrk...gurau jek
selamat tahun baru!

HeNRieTTa JoSe said...

haah, rietta pown ada dgr kata org madu xbasi...

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Itu bukan tuak...haha

Rietta.
Dan aku dah minum utk buktikan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com