Wednesday, December 3, 2014

Racau

.


'Jadah...!'

...dan jeritan itu dilayangkan angin ke kaki langit, menunggu tuas hari melentur ke malam... dan bulan mengisi ompong gelap, di langit tak  berbintang.


'Kau...?'

...soalan tanpa balasan kerana tiada sesiapa di situ....hanya seekor anak kucing kematian ibu, berlindung panas hujan di lubang salur air ke longkang busuk.


Hatinya celaru...seribu satu cerita tak keluar-keluar, menanah dalam dada...membusung dendam dan geram teramat. Ketar-ketar lengannya menjadi tanda menahan cucukkan jarum derita. Lidah kelu...mata merah berpinar. Dia tunduk, nafas semakin pantas dan ganas. Genggaman erat membuku, peluh mengalir, wajah merah padam. Lalu....


'Sial...!!!!'


...dan jeritan itu pun dilayangkan angin ke kaki langit juga, masih menunggu tuas hari melentur ke malam... dan bulan mengisi ompong gelap, di langit masih tak  berbintang.







.

6 comments:

cinta said...

jiwa kacau? keh3..

Daddy Ziyyad said...

Novel selalunya lepas dari penapisan bahasa2 kasar macam jadah, sial...kalau buat filem, mesti kena censored..haha

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Bukan aku....hehe

Nizam.Ariff said...

Daddyz
Kadang ada gak...indie novel...sendiri bikin....

LydSunshine said...

sian anak kucing tu.

EH, blog ko dah berubah wajah. Ko amik template aku yg dulu. RIndu plak dgn template itam ni.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Jiwa gelap...blog pun gelap je la...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com