.
Paku bukan sebarang paku
Paku datang dari seberang
Aku mencari aku di dalam aku
Rupa-rupanya aku sembunyi dalam terang.
(Itu bukan pantun aku. Itu pantun milikan bijak pandai).
Jom cari aku.
Pernah seseorang di tegur kerana menggunakan bahasa diri 'aku' kepada seorang yang lebih tua - dia dianggap kurang sopan.
Maka katanya, "Aku bahasakan diriku sebagai 'aku' dengan Tuhanku dalam doaku, adakah aku kurang sopan kepada Tuhanku? Apa mulianya kamu berbanding Tuhanku?"
Kurang ajarkah aku?
.
13 comments:
Akak tak kisah, nk bahasakan aku ke, saya ke, hapa ke..janji ikhlas.
Tak pernah miss baca n3 sbb suka gaya penulisan tuan punya blog ni..
Apa2 pun teruskan menulis..
'aku" tu adalah 'ganti nama'...boleh guna bila bila masa.
Cikgu Hani.
Aku dah terbiasa dgn 'aku'...jawa kacukan...haha
Ewan.
Tapi sesetengah budaya tak boleh terima...
Aryh884.
Yup...that is so true...
doh guane mung.. hee..
Cinta.
Dok guane...sehak ja...
Wong Jowo biasa, biasakah berdoa "Kulo mohon...."? Atau doanya "Aku mohon...."?
Kang Temuk.
Seng doa ne lirih temenan orak kerungu..mboh kulo mboh aku. Biasane aku wa e....
orang jawa kan dah biasa bahasakan diri "aku"... aku ngan mak pun aku bahasakan aku..dah biasa...tapi bila menetap di penang, bila cakap aku, diorang kata "tu dia....kasaqnya bahasa..awat kata lagu tu kat mak ang?" huhu...
Kniedaz.
Ya...aku pun sama macam tu...hatta dgn mak n bapak pun
Itu tulisan cina mende plak tu. Sepatah tak fahang komen dia.
Aku pun memikirkan perkara bercakap 'aku' dgn tuhan tu kenapa org tak bising? Anak sedara aku, sejak kecik dia membahasakan diri dia 'aku' tak kira dgn siapa termasuk emak, ayah, datuk dan nenek sekalipun. Kecuali dgn cikgu je dia ckp saya.
Lyds.
Budaya kita dah mcm tu...
Oh...yg tulisan cina tu dia promo je...
Aku lebih selesa bhsa aku sbg aku dlm blog.
Takkan nk bhasakan diri sbg kite pulak?
Huahua
Rapunzel.
Ya...ya....
Tapi jgn pula gunakan pada mertua....
Post a Comment