Friday, January 23, 2015

Asas keperluan untuk hidup...

.


Pada satu hari, aku makan di gerai Sek 2.
Ketika aku sedang enak diulit nikmat kelazatan makanan, berjujuk-jujuk limpahan kurnia menerobosi anak tekak berulang-ulang kali... aku didatangi seorang wanita.

Wanita itu bukan warga tempahan tempatan. Dia datang dengan envelop yang agak besar. Aku prejudis, aku agak dah. Dia mahu wang. Dan aku tidak berhajat untuk memberikan wang kepadanya.


Seperti dijangkakan, dia minta wang. Pelbagai sebab diceritakan dalam bahasa campuran inggeris-melayu-punjabi (agaknyalah). Aku kurang faham. Tapi antara sebab dia perlukan wang ialah dia mahu makan (gaya tangannya menyuap).


Aku kata kalau lapar, aku belanja makan. Tiba-tiba dia berhenti bercakap. Dia terus berjalan ke gerai nasi campur. Aku ekorinya dengan anak mata sambil jari jemari tak henti-henti mengepal dan menggentel nasi berlauk...bila kuah bercampur, jadi agak messy tapi di situlah kesedapannya.


Tidak lama kemudian, dia datang semula dengan sepinggan nasi berlauk ayam goreng bahagian dada lalu duduk di meja bersebelahan. Lantas aku panggil pelayan untuk meminta air minum untuknya. Aku lihat dia makan dengan lahap, dikecai-kecaikan daging dada yang montok, dimasukkan ke mulut.


Aku rasa, biar apa pun sebabnya, dia tetap perlu makan....kerana itu adalah asas yang diperlukan untuk hidup.






.

9 comments:

Kakzakie said...

Memberi kepada yg meminta tak salah tapi memang kadang menjengkelkan..

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Kadang2 sikap prejudis aku bertanya apa tujuan mereka.

Rai OurKizuna said...

lapar sangat agaknya... aku kesian sgt dgn org yg suka meminta minta.. tak tau apa yg diorang lalui sampai sanggup letak tepi rasa malu nak mintak bantuan daripada org.. ye lah..mmg ada yg langsung tak tahu malu.. tapi bagi aku.. bukan senang jugak nak meminta2 dgn orang..

Nizam.Ariff said...

Rai.
Betul tu. Bukan mudah nak ketepikan rasa malu. Aku tak mampu.

sudipVSsenduk said...

pernah kena marah dgn peminta sedekah di sebuah kedai makan sbb bagi $5 je. Dia kata macamana nak masuk syurga kalau derma banyak tu...
aku terus jadi tak ikhlas.

Nizam.Ariff said...

SvS.
Kah kah kah....klu aku, aku ambik balik duit tu...

cinta said...

kesian.

Daddy Ziyyad said...

so betullah perempuan tu mmg lapar nasik?

seronok aku baca komen sVSs tu...hahaha

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Ya...diperantauan pula...


Daddyz.
Aku pun....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com