Wednesday, January 14, 2015

Beckham ... Tores hidup-hidup.

.

Awasi...ada foto yang menjelekkan.

Buat pertama kali aku berbekam.
Sebenarnya, sebelum aku pernah datang ke pusat bekam itu tapi sekadar bertanya kerana hati masih kelu untuk di toreh hidup-hidup tanpa sebarang cecair kebas atau ubat bius.


Tapi akhirnya...aku beralah demi berusaha untuk menjadi lebih sihat.





Tak terlalu sakit tapi memang perit!
Dia buat 3 cucukan untuk setiap tempat @ cup. Aku ingatkan dia cucuk 3 kali lepas itu disedut. Rupa-rupanya sangkaan aku ke laut!

Mula-mula dia cucuk-cucuk 5-8 kali lepas tu disedut. Tak berasa sakit. Rasa macam kena gigit dek semut.

Kemudian dia buka cup dan lap darah. Lepas tu dia cucuk-cucuk lagi di tempat itu. Lepas tu disedut balik. Perghh...terasa macam kena gigit dek kerengga.

Aku ingatkan dah sudah. Tidak. Ini kali keyiga.
Dia buka cup dan lap darah. Lepas tu dia cucuk-cucuk lagi dan disedut lagi. Aaahhh....! Macam disengat tabuan!!!! Perit....panas menjalar ke segenap saraf. Aku pasrah. Terasa seperti mahu kena salai.


Rupa-rupanya itulah maksudnya 3 kali cucuk.
Cucukkan ke 2&3 itulah yang banyak keluarkan darah.

...dan aku dibekam di 8 tempat. Total cucukkan sebanyak 24 kali. Total torehan hampir 200 kali!





.


9 comments:

ewanthology said...

adoi..ngeri dengar..saya x pernah berbekam lagi..tapi ramai yg cakap cara ni menyiihatkan tubuh badan.

Defa Ramadhani said...

izin nyimak aja deh :)

Rai OurKizuna said...

takutt dengarrr~!

Kniedaz said...

ngeri hoiiii

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Aku yg kena lagi laa...

Defa.
Ya silakan...

Rai.
...tapi sunnah tu.

Kniedaz.
Memanggggg.....darah banyakkk...

Tijah said...

Tores ke toreh?

Nizam.Ariff said...

Tijah.
Saja je...hehe

LydSunshine said...

Nizam... ko telah membantutkan niat aku nak berbekam bila balik kampung nnt. Tetibe aku jadi takut le plak nak menyerah dia untuk kena fernando terres hidup2 macam tu. Kalo kena gigit semut dan kerengga tu hal kecik je. Tapi kalo tebuan tu dah sakit sgt dah tu. So, cemana efek lepas bekam? rasa ringan badan ke tak?

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Ok.lega...jgn tkut...cuba la....bekam angin pun takpe.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com