Thursday, January 8, 2015

Mencari umur yang panjang...

.

Sambungan dari kisah Hasri dengan telurnya sebelum ini...eloklah diletak semula diagram:





Ada pelbagai analogi boleh dibuat dari kisah Hasri melambung telur rebus.

Kalau kita lihat laluan lurus A dan lengkungan B sebagai satu lorongan (path), kita dapati kedua-duanya melalui jarak yang berbeza tetapi berjalan dalam tempoh masa yang sama.

Pernah tonton 'Contact'? Pada salah satu scene, wanita yang berada di dalam sebuah sfera yang besar yang dijatuh ke laut melalui gegelung berputar yang menghasilkan aruhan elektromagnetik. Dikatakan aruhan tadi mencarik fabrik dimensi dan sfera tadi telah masuk dimensi atau alam lain dan akhirnya kembali semula dan jatuh ke laut. Pada mata yang memerhatikan dari luar, sfera itu tidak kemana-mana...terus jatuh ke laut. Tapi didapati jam di dalam sfera itu berdetik lebih dari sejam. Dalam cerita itu, sfera itu adalah telur. Ia telah pergi merantau jauh.


Dalam kisah kita sehari-hari pula, kita lihatlah masa hujung minggu kita berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Sabtu aku yang lepas dipenuhi dengan aktiviti disekitar Shah Alam. Pada hari yang sama, abang aku bertandang ke rumah aku dari Perak. Dalam masa 24 jam, aku bergerak dalam lokus 50km sedangkan abang aku dah berjalan hampir 200km.


Bumi ini berputar lengkap dalam 24 jam. Namun begitu, manusia-manusia bergerak ke timur dan barat, yang terbang dan yang menyelam. Dalam masa sehari yang sama, masing-masing menjalani pengalaman asing-asing.



Jarak dan masa adalah relatif. Bergantung kepada intepretasi  masing-masing dalam mencari kebahagiaan.

Semoga berjaya...




.

7 comments:

Dr K said...

KEYWORD nya: Masa yang diberkati

cinta said...

hmm...

ok.


(masih berfikir)

hmm...

Nizam.Ariff said...

Daddyz
Ya..betul.


Cinta.
Jgn fikir lama2 sgt...hehe

LydSunshine said...

Masih bergantung kepada keadaan.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Itu maksudnya relatif...

jeb said...

Masa amat mencemburui kita. (baca dengan gaya penceramah)

Nizam.Ariff said...

Jeb.
Cehhh... Haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com