Wednesday, February 4, 2015

Gurindam hati terseksa...


.



Aku nak berkisah tentang aku:
Ini juga bukan puisi, sengaja aku tulis begini.



Kisah ini tentang rasa hati
yang terkilan hampir memakan diri
Seharian hingga ke petang
aku tunggu dia tak datang


Cuai sungguh dia itu
Bersengkang mata bertongkat dagu
aku menunggu dan menunggu
Dia pulang tanpa beritahu


Ini bukan sekali
Ini sudah dua kali jadi begini
Percayakan dia lagi?
Entahlah, bab rasa payah diteka
Sekejap ada sekejap tak ada
Kadang-kadang lenyap tak bersuara
Bahaya pada aku, bahaya pada dia
Bila percaya sudah tak ada
masa depan sukar dijangka


Mencari yang lain? Tidaklah begitu
tapi yang manis ditelan jadi masam
yang dulu sedap kini dirasakan kelat
Walau sebumbung hati tak sekampung




Nota:

Lain kali kalau nak balik
beritahulah... tak perlu
aku tunggu untuk meeting.





.


11 comments:

Tijah said...

sebumbung tapi tak sekampung...
huiiii dalammmm...

Nizam.Ariff said...

Tijah.
Silo mentality...
Dok pikir hal dia je
Atau....hmmm...ko pun tahu.

Daddy Ziyyad said...

Kegagalan komunikasi di situ....
Komunikasi tak berkesan..
Penat kau menunggu bagaikan pungguk rindukan bulan...kah kah kah

Nizam.Ariff said...

Daddyz
Penantian yg sia-sia.
Klu dah kat rumah, dah siap mandi n makan dah..

Kakzakie said...

Nak menguji kesabaran diri
Alahai baru dua kali
Kena tiga kali luluslah ujiannya kakak rasa:)

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Hahaha.....
Takmao

Kniedaz said...

hehehe....ko kena sabar
atau ko kenakan dia balik

Granny Hani said...

Ada ubi ada batas,
Ada hari, cer balas!

Apalah akak ni, batu api lak!

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Hoho....tak bleh.

G.Hani.
Dia durian...aku timun....huhu

cik kaki ketawe said...

baru 2 kali menunggu apa salah nye, hikhik... bersabarlah...
sy tuju lagu selimut tetangga untuk bro...hikhik :p

Nizam.Ariff said...

CKK.
Hah? Lagu apa tu? Selimut putih adalah dengar....v

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com