Thursday, March 5, 2015

Aman makmur dan sentosa

.


Bilakah agaknya bumi ini jadi benar-benar aman?

Hmmm.....tak akan kut.

Kecuali pada hari-hari akhir bumi ini.

Sungguh ironi...
Apabila keamanan berdiri di sebelah kehancuran


Aman...hanya pada namanya
Pada jiwa?
Gelodak melambung-lambung
Ribut dan taufan di dalam dada
Tapi dimatanya ditunjukkan sinar bahagia

Aman....adalah seksa yang dipendam seketika
Dikemam selama yang boleh
Tapi, bila bibir dibuka, terhambur segala
Sumpah seranah maki dan hamun
Keluar semua tak tersisa.




.

6 comments:

cinta said...

Seksa yg dipendam itu dendam.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Dendam itu hasrat jahat yang tertahan-tahan

Kniedaz said...

agak-agaknya, selama mana bibir boleh tertutup,selama mana seksa terpendam

Tijah said...

seksa hanya akan padam bila mata terpejam...buat selama2nya.

innalillah...

Dzul said...

ada benarnya pada apa yang kau tulis tentang aman adalah seksa yang dipendam seketika.

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Takkan lama sbb akhir2 ini sabar telah tipis...


Tijah.
Tapi seksa sebenar mgkn menunggu...
Na'uzubillah...


Dzul.
Aku rasa pun begitu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com