Friday, May 1, 2015

Tun Perak mudik ke selatan....

.



Tun Perak ambil masa seharian
untuk mudik ke Melaka dari Klang.

Manakala Hang Nadim, kalaulah
berkuda dari Melaka naik ke Klang
ikut denai di tepi Titiwangsa,
mungkin juga berhenti di pondok
Tok Batin makan sirih sekapur,
dia ambil dua siang satu malam.


550 tahun kemudian....

Tak jauh sangat bezanya tika kereta aku
merangkak di dada aspal, dari Klang ke Melaka.

Malah mungkin ada ketikanya, kuda Hang Nadim
mendahului aku jauh di depan, pada
lokasi-lokasi tertentu, seperti Nilai Utara
Seremban dan Senawang...
Kalaulah aku berkuda dulu-dulu, aku akan singgah bermalam di Seremban untuk
melempias lelah melurus pinggang...





.

5 comments:

smbotak said...

550 tahun dulu takde tol, takde traffic light. cuma penyangak hutan atau haiwan liar je yang jadi pelambat perjalanan.

kalau la dibuat pondok tol atau lampu bertiga tu, memang harus la ketua kampung kena terajang dengan kuda padi...

SuzieLAWAti said...

nak balik kg pon.. 4 jam... rasa macam nak naik motor je..

ewanthology said...

cuti panjang. ..

Kniedaz said...

Musim cuti berganda..nak jalan dekat pun jemnya berjam..sudahnya duduk di rumah..p market..beli udang...ketam ...ikan...masak ...makan...Hang Nadim pun ble berenti rehat dua skang satu malam kalau dijamu makan cenggini..hikhik

Nizam.Ariff said...

SM.
Klu ada pondok tol pun mgkn utk cukai gaharu dan rotan je...

Suzie.
Aikk...dekat mcm tu pun 4jam???

Ewan.
Langkah pun panjang juga...


Kniedaz.
Hmm....sedap tu....hang nadim pun x jd balik melaka....haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com