Monday, June 1, 2015

Ucap selamat

.


Selamat pagi dunia
Selamat pagi semua
Selamat dan salam buat saudara²
dan saudari² seagama.

Semoga pagi ini menutup kisah semalam
Dan membuka lebaran baharu dengan harapan

Banyak sangat kisah pada zaman ini
Belum habis drama, muncul drama lain
Dengan politiknya, dengan ekonominya
dengan perangnya, dengan sengsara manusia

Sampaikan kita terlali dengan kisah belalang
yang kekurangan pucuk segar bebas racun rumpai
Tentang tupai yang hilang pokok loncatan
Tentang babi hutan masuk hutan konkrit
Tentang gajah yang gelisah mencari tebu
dan batang pisang.

Banyak sangat cerita bersiri
Sampaikan terlupa dengan siri asas.





.

6 comments:

Kakzakie said...

Sebab itu kena saling ingat-mengingatkan
Yg lalai, kena pijak, dipijak, diconteng, menconteng, ketawa, menangis dsb selagi tak kiamat selagi itu terus akan ada dramanya.

cinta said...

sampai tak sedar rupa-rupanya diri sendiri adalah antagonis.
erk..

SuzieLAWAti said...

dah tiada hiraki lagi....

suma main belasah jer...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Tu la tuuu....

Cinta.
Errr.....itu citer yg mana lak? Haha

Suzie.
Tu laa....penat kan?

ewanthology said...

selamat segala galanya.... moga moga

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Aminnn...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com