Friday, July 3, 2015

Megi sup dan kopi O ais...

.



Dalam entri sebelum ini, ada satu masalah tentang Megi Sup yang panas: soalannya, di manakah yang lebih panas...di permukaan atau di dasar sup itu?



Soalan ini aku ajukan apabila aku hirup sup itu lidah aku rasakan terbakar. Jadi aku tercari-cari di bahagian manakah yang lebih sejuk sedikit dan patut aku hirup dahulu sementara bahagian-bahagian lain sup itu menjadi lebih sejuk.


Cuba teka dimanakah yang lebih sejuk di dalam
segelas Kopi O Ais? ....hehehe


Ada beberapa jawapan yang diberikan dalam komen di entri sebelum ini. Rasanya, ia berlandaskan pengetahuan kita terhadap konsep perolakkan haba.

Bendalir yang berbeza haba mengikut lokaliti seperti semangkuk sup merupakan satu masalah yang kompleks walau pun kelihatan seperti mudah. Pergerakan bendalir yang mempunyai beza kepekatan dan tenaga haba adalah dinamik.

Kalau ada sesiapa yang pernah hirup Miso Soup, kalau sempat melirik ke dalam mangkuk kecil itu, kita akan dapat lihat bagaimana serbuk Miso itu berpusing-pusing naik-turun kerana perbezaan tenaga haba (Entalpi). Ianya sungguh dinamik. Aku rasa perkara yang sama juga berlaku di dalam Megi Sup aku itu. Cuma, aku tak rasa aku perlu gunakan Fluid Mechanic (Mekanik Bendalir) untuk menentukan kedudukan bahagian yang lebih panas di dalam Megi Sup aku itu.



Hmm... jadi, dibahagian manakah yang lebih panas di dalam semangkuk Megi Sup aku itu?

Pergerakkan bendalir adalah dinamik. Kalaulah kita boleh nampak sup itu seperti manik-manik kecil, kita akan dapati ia akan bergerak ke kiri ke kanan dan atas-bawah. Manik yang lebih panas tidaklah sentiasa bergerak dalam keadaan panas dan manik yang lebih sejuk bukanlah sentiasa bergerak dalam keadaan sejuk.

Apa yang berlaku ialah pemindahan haba dari cerun suhu yang lebih tinggi kepada cerun suhu yang lebih rendah. Jadi setiap manik sup tadi sebenarnya akan sentiasa menjadi lebih sejuk daripada mula-mula sup itu dicurahkan ke dalam mangkuk tadi. Oleh itu, kita tidak dapat memberitahu manik mana yang lebih panas dan manik mana pula yang lebih sejuk. Oleh sebab itu, pertanyaan 'dimanakah yag lebih panas?' itu lebih kepada lokasi di dalam mangkuk Megi Sup aku itu.


Hmm... jadi, dibahagian manakah yang lebih panas di dalam semangkuk Megi Sup aku itu?

Ish.. panjang pulak tulisan aku ni...bulan puasa begini orang tak baca sangat kalau panjang-panjang begini.





.

5 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

bahagian dalam sup lebih panas dari bahagian permukaan sup.

macam minum air teh o ais yang berisi ais, bahagian paling sejuk adalah bahagian atas tu. kalo nak rasa sejuk melekat tekak, letakkan straw di bahagian ats berais. conform lagi sejuk dari bahagian dasar air tersebut.

ini adalah berikutan ais di atas permukaan cawan dibantu oleh angin (wap air / udara) untuk menyejuk kan air tersebut.

sama lah macam megi sup. yang permukaan lebih cepat sejuk sebab dibantu oleh udara yang bersuhu 30 degree compare megi sup yang bersuhu 100 degree.

walahualam. kbai

cinta said...

kat ais.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Mgkn kut...

Cinta.
Betul....haha

pakluki diserawak said...

as wr wb salam tanpa ptus asah,,
perkenalkan nama kami pak luki saya dari serawa, saya adlah kuli buruh disalahsatu pabrik di serawak hidup saya sangant serba kekurangan, anak saya 3 dan istri saya hanya sebagai penjual kue keliling, kebutuhan ekonomi keluarga kami tdk pernh cukup ditambah utang yg menumpuk, sertifikat rumah dan tanah habis kami gadaikan,,saya hampir putus asah dan mengakhiri hidup dengan bunuh diri,, tpi alhamdulilah berkat bantuan teman saya yg memberikan informasi dan no hp AKI DARMO-082,310,142,255, saya disuruh menghubuginya, saya sangat percaya krn melihat kekayaan teman saya ini sudah luar biasa punyA mobil rumah dan usaha,,akhirnya saya ikut bergabung dengan AKI DARMO, saya ikuti syaratnya dengan modaal pinjaman dari teman saya,, alhamdulilah saya bagaikan mimpi setelah angka ritual dari aki 6d-uang 1 M baru saya liat langsung didepan mata saya,, semua utang saya lunas dan sekarang alhamduliah saya sudah punya usaha dan rumah idaman,,trimaksih AKI DARMO,,jika teman mau seperti saya hub AKI DARMO-di 082,310,142,255,.. demi alllah saya sudah buktikan,,gak usah yg lain hanya AKI DARMO yg bisa saya prcaya.. thanks roomnya sobat,, indahnya berbagi-ATAU KILIK- http://fleepster09.blogspot.com-ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL YANG MENDATANGKAN UANG BANYAK-HUBUNGGI AKI DARMO…

chedacheyu said...

Betul..betul..betul..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com