Sunday, August 16, 2015

Makhluk Multi-dimensional....manusia

.

Kita....
Ya, kita ini sedang berada di alam dunia. Jika
tulisan aku ini dibaca dari gajet elektronik, sahlah
pembacanya berada di alam dunia.
Tapi tak bermaksud alam dunia ini hanya ada
alam dunia sahaja. Selari dengan alam dunia, kita
ada alam ruh...alam malaikat, juga ada alam jin
yang bukan dalam dimensi yang kita boleh nampak
dengan mata kasar. Pada yang mahir, alam-alam
itu mungkin boleh dilihat dengan mata batin.

Kita....
Adakah kita hanya hidup di alam dunia?
Kita punyai ruh. Ruh kita berada dalam jasad.
Kalau kita lihat dicermin, kita tak nampak ruh kita.
Yang terlihat adalah sekujur tubuh yang memiliki
unsur-unsur tanah dunia...alam dunia.
Kenapa kita tak nampak ruh kita sendiri?
Kerana ruh kita berada di alam lain...dimensi lain.
Tapi kita tahu ruh kita ada di dalam jasad dunia.
Sampai masanya, ruh dan jasad terpisah...buat
sementara waktu..bertaut di padang mahsyar.


Maka ketahuilah...
Bahawa kita ini manusia yang hidup dalam
multi-dimensi.
Dalam jasad ini ada lowongan...ada lohong
yang mencantumkan alam dunia dan alam
ruh.
Dalam jasad kita ini ada lubang rahsia yang
mencantumkan dimensi-dimensi alam.
Mungkinkah ia juga ada jambatan ke alam lain?
Tak pasti.

Tapi....kali ini....fikirkan sejenak apa yang aku tulis ini.
Bahawa dalam jasad kita ada jambatan ke alam lain.



.

2 comments:

CIK KAKIKETAWE said...

sy baca 2 kali untuk cuba memahami entry bro yg ini..
kejadian manusia sungguh rumit... SubhanaAllah
segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam

dalam jasad ada ruh.. tp nyawa dan ruh tu sama ke?
hmmmm, susah jugak memahami nya... tp yg pasti
bukan kita saja makhluk tuhan... dan sebagai
manusia kita akan mengalami 4 proses kehidupan dlmm
alam yg berbeza...
1) alam rahim
2) alam dunia
3) alam bazar
4) alam akhirat

bagi alam dunia - "dimensi yg lain"
heeeee seram pulakkan...yg itu tak tahuu laa

p/s : ada cara nya tp scaryyy

Nizam.Ariff said...

Ckk.
Aku pun tak pasti nyawa dan ruh tu sama atau tak...tapi ada sesetengah yg alim dah bahagikan ruh tu kpd beberapa jenis.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com