Tuesday, August 25, 2015

Musim celaru dan kalut...

.

Dalam 3 tahun, 3 kali aku berpindah tempat.




Walau pun masih dikerja yang sama, cuma lokasi meja yang berbeza, ia menunjukkan betapa kalutnya masing-masing mahu membenamkan sauh masing-masing di lokasi yang disangkakan teguh dan strategik.

Aku tak kisah, bagi aku lokasi meja kerja bukanlah sesuatu yang perlu dikisahkan sampai teraduk dengan mimpi-mimpi ngeri aku. Sungguh kacau rasanya kalau sampai mengacau mimpi aku.

Kekalutan begini, semestinya terhasil dari rombakan demi rombakan dalam struktur organisasi, boleh dikatakan sebagai reaksi daripada keadaan ekonomi dan perniagaan... penjajaran yang perlu untuk sama laju dengan perubahan iklim ekonomi.

Tapi iklim ekonomi pada tahun ini datangnya seperti tiada dalam taqwim, musim tengkujuhnya datang berlarutan. Langit mendung, hujan dan tofan turun... menyebabkan tanah dan lantai rumah kemarau dan merekah.

Hutan basah tapi airnya tak sampai pun ke tanah. Dapur-dapur tak berasap, perigi pun kontang. Begitulah siksanya hujan sekerat-sekerat.



.

2 comments:

Unknown said...

Salam.

Kalau berubahnya lokasi meja tak mengapa lagi bro
Asalkan tiada apa yg berubah...
Pesan pada bos lagi baik kalau anjakkan 'lokasi' unit angka gajii bro..hikhikk

Nizam.Ariff said...

Ckk.
Tak boleh mintak centu...ekonomi tak menghairahkan

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com