Thursday, August 20, 2015

Sayonara ... good bye...

.


Selamat tinggal langit biru
Selamat tinggal awan kelabu
Jangan rindu aku

Kepada mega jingga pewaris senja
Aku ketuk daun jendela
Bukalah, jengahlah aku di luar

Bulan...
Aku akan menari denganmu
Memburu bintang-bintang
Yang menyangkut di tirai malam

Matahari...
Tidurlah kau berbantalkan mimpi
Nyenyaklah sampai siang hari
Aku akan pergi malam ini
Esok jangan aku kau cari.




.

3 comments:

ruslanafiq said...

Salam.. Follow sini

Nizam.Ariff said...

Ruslanafiq.
Terima kasih...

CIK KAKIKETAWE said...

Kadang kadang berbelit minda sy
Nak paham apa yg bro cuba smpai kan
Bukan sebab penulisan bro tak best
Cuma aras bahasanya tak tercapai dek akal
Rasanya bagus jugak ada subject sastera
Kat sekolah.. bahasanya indah..
bagi sy, sy memang takkan mampu nak mengarang
Macam ni... buat sy baca berkali2 untuk paham
Rasa macam paham tapi ermm
Hahhaaa, peninggggg....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com