Tuesday, October 6, 2015

Sesat menuju teras buana....

.


Dimanakah pusat alam?

Jikalau kita tau dimana teras buana,
senanglah sikit kita timbang²
dan agak² dimana pusatnya.
Tapi masalahnya buana tak ada terasnya,
dicari takkan berjumpa.

Jikalau tiada teras, mungkin boleh kita cari
pusarnya pula. Ya, kita nampak pusarnya
namun mata pusarnya bukan satu
Ada banyak! Jadi, yang mana satu pusatnya?

Ada yang berkata, mana² titik di alam ini
adalah pusatnya.

Dimana saja kita berdiri, di situlah pusatnya.
Aku mahu percaya.

Bayangkan alam ini sebiji bola.
Bahagian mana yang menyentuh tanah
itulah bahagian bawahnya.

Jikalau kita berdiri di satu dataran yang
entah di mana. Tiada matahari, bulan dan bintang.
Seharusnya kita bakal berkata bahawa
mana² arah yang dilihat adalah Utara.

Kita tersesat....
Jika sudah tersesat maka kemana
saja arah dilangkah itulah destinasi kita.

Apabila tiada ukuran yang boleh diguna
kita tak tahu dimanakah kita.





.

5 comments:

Daddy Ziyyad said...

aku pun teringin sebenarnya nak tgk teras, pusat bumi...yg katanya penuh dgn magma bersuhu tinggi

Etuza Etuza said...

asalam terima kasih datang ke blog Etuza ya

cinta said...

Hmm..
Hmm..
Hmm..

LydSunshine said...

mendalam ni.

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Pusat bumi tak keras...

Etuza.
Thanks n welcome bro...

Cinta.
Keras lagi perasaan cinta...

Lyds.
Ya...klu fikirkan dlm² maka jd lah dlm...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com