Wednesday, November 11, 2015

Kisah pengalaman Man dan Lan menaiki keretapi...

.

Kisah ini melibatkan 4 orang: Man, Lan, Tok Ketua dan Makcik Wok. Keempat-empat mereka memakai jam tangan yang sudah diselaraskan mengikut waktu standard SIRIM di Shah Alam. Man dan Lan ingin ke Kota dengan menaiki keretapi. Makcik Wok ingin ke pasar tani dengan berjalan kaki. Tok Ketua, macam biasa, ingin duduk-duduk berehat di anjung rumahnya sambil menghirup Kopi O.

Pada jam 09:59:00 :-

Man dan Lan berada di dalam keretapi yang sedang bergerak 30km/j. Man di gerabak paling hadapan, Lan berada di gerabak paling belakang. Makcik Wok berdiri di tepi landasan dengan berpayung merah, selepas keretapi melintas baru Makcik Wok menyeberang ke sana. Tok Ketua, macam biasa, sedang duduk di kerusi rotan di anjung rumah. Sambil minum air Kopi O, dia baca suratkhabar semalam.

Pada jam 10:00:00 :-

Keretapi melintas di depan Makcik Wok.

Man yang berada di gerabak paling hadapan menelefon Lan. Man kata dia nampak  Makcik Wok berpayung merah sedang berdiri di tepi landasan.

Tok Ketua pula masih di mukasurat 2, belum berganjak sebab Tok Ketua perlu mengeja.

Pada jam 10:00:30 :-

Selang 30 saat, barulah Lan nampak Makcik Wok berpayung merah itu. Manakala Man telah pun berada 30 saat di depan.


Apakah yang berlaku kepada mereka pada sekitar jam 10:00?

Jikalau x adalah kedudukan dan t adalah masa antara jam 10:00:00 dan 10:00:30, kita boleh tulis pasal pengalaman mereka merentasi ruang dengan menulis perkaitannya sebagai;   P{xⁿ-¹, t}

Jika wujud perubahan posisi pada sela masa tersebut maka bolehlah dikatakan mereka mengalami pengalaman merentasi ruang:-

Makcik Wok : 0

Tok Ketua : 0

Man dan Lan : Ada nilainya atau isipadu ruang litupnya.



Jikalau kita ambik Tok Ketua sebagai jam pihak ketiga manakala Man dan Lan sebagai jam pihak pertama yang bergerak bersama-sama keretapi, boleh tak kita katakan Man dan Lan menyaksikan lebih perkara daripada Tok Ketua dan Makcik Wok?





.

2 comments:

ewanthology said...

pening

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Takpe...mmg konpius sikit...tu sbb aku pun tanya

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com