Monday, December 14, 2015

Andai di persimpangan hidup, fikir sejenak sebelum pilih

.




Kenapa jalan hidup ini diberikan pilihan? Kalaulah jalan untuk kita ini hanya selorong, tak perlulah berada dalam dilemma di persimpangan. Segala-galanya tampak mudah, ikut sahaja, nanti sampailah ke destinasi. Tapi kita ini manusia, manusia ada sifat ingin tahu, suka ambil risiko, suka jadi nakal.


Kita ini telah ditunjukkan jalannya. Biar pun bersimpang-siur jalan itu, kita telah diberikan panduan dan pedoman lorong mana yang patut dipilih. Kalau pun tersalah lorong, dipersimpangan seterusnya nanti masih ada lorong untuk ke tempat yang betul. Terserah kepada kita...


Tapi benarkah wujud 'freedom to choose'?
Benarkah kita ini benar-benar bebas untuk memilih? Atau kita rasa kita bebas untuk memilih tapi hakikatnya semuanya telah ditentukan?


Kita rasa macam bebas untuk memilih tapi kerap kali juga alam ini tidak membenarkan. Kita mahu memiliki singgahsana di atas gunung tapi tak rasa kita dapat pun. Kita mahu menjadi PM tapi tak semua orang dapat menjadi PM, hanya satu pada satu-satu masa.

Jikalau tiada pilihan, pilihan kita hanya satu.




.

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Begitulah lumrah kehidupan kita pasti ada pilihan
Ada kala tersilap lorong boleh diperbaiki
Tapi ada juga andai tersilap pilih kena tanggung masalah yg panjang jadinya.

DRAMATIC UNIQ said...

sangat setuju..
kalau dah salah pilih persimpangan, di hadapan nanti pasti bertemu persimpangan lain lagi yang membenarkan kita untuk membetulkan pilihan yang terdahulu..

hidup ini adalah pilihan.. tak ada istilah "tiada pilihan" kot.. entah lahh.. :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

ewanthology said...

setiap hari kena buat keputusan dlm pelbagai hal.... drpd nak pakai baju apa hinggalah kepada nak tido pukul brape :-)

cinta said...

No entry itu mcm lebih seronok untuk diterokai. Oh, aku mmg nakal.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com