Friday, December 11, 2015

Kempen jangan tebang pokok...

.

Ada beberapa orang remaja- boboy dan gegel memakai baju T warna hijau- menahan aku sebaik saja aku keluar dari premis tersebut.

'Abang...abang, jom sign petisyen selamatkan pokok' ajaknya, serentak bertiga.

Aku telah ranum dengan taktik ajak mengajak ala kempen begitu, hujung-hujung, duit juga yang mereka mahu.  Mungkin nanti mereka dapat komisyen atau upah dari penganjur.

Tapi tak mengapalah, mereka berusaha- walau dengan apa jenis taktik sekali pun. Demi untuk tak menghampakan mereka yang sungguh-sungguh bersungguh, aku pun berhenti.

Mereka hulurkan sekeping kadbod putih untuk aku tandatangani.

'Habis tu macam mana nak buat rumah kalau tak boleh tebang pokok?' tanya aku sambil turunkan tandatangan.

'Alaa...abang boleh buat rumah batu bertingkat-tingkat' kata gegel tu.

Hah! Jawapan silap yang memang aku pancing.


'Buat rumah batu, kena tarah bukit bukau  gunung ganang sebab nak ambik batu dan nak buat simen.' balas aku.

'Pokok boleh tumbuh balik... Gunung ganang tak boleh tumbuh balik, dik oiii....!'


Sambung aku sambil berlalu pergi.
Aku tak bagi duit pun...sebab jawapan mereka tak menepati jangkaan aku.




.

1 comment:

cinta said...

Kih3..
Dorg pn xbrani nk mnta duit.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com