Sunday, January 10, 2016

Air herba penawar..

.

Air minuman herba di Melaka ini pernah heboh dikata orang tahun lepas. Orang beratur panjang untuk minum dan buat bekal. Virtually tanpa bayaran namun ada tabung sumbangan jika mahu menyumbang, tanpa paksaan.




Baru² ini salah seorang saudaranya ada kedai di perumahan mertua di Melaka. Tak jauh dari rumah mertua. Saudara itu pun ada jerang air herba. Dan ramai yang datang minum sambil sembang².

Belum pun sempat duduk, cerek dan thermos kami diambil tuan kedai untuk diisi. Kami dijemput duduk dan secerek air herba dihidangkan panas².



3 mug aku telan. Rasanya seperti air daun² kayu. Tapi ada salah satu rasa yang distintive, seperti pernah aku rasa tapi aku tak pasti. Mungkin seperti air rebusan buah Mahkota Dewa.




Selepas puas minum, aku singgah kejap untuk lihat orang bermain gasing pangkah. Masih hidup sukan ini di sini. Bravo...


.

3 comments:

cinta said...

Minum air herba, main gasing.
tetiba mcm trnampak kelibat Hang Tuah.

Nizam.Ariff said...

Cinta. Hiks.

TuN TeJa said...

mungkin air ketum la bro?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com