Saturday, January 30, 2016

Bangsa dan bahasanya...

.


Kita ini...
Mungkin sama bahasa
Tapi maksud tak sama

Itu tulis aku kepada Sepa dan kawan²
Aku tulis ketika kami rancak berbincang
tentang bahasa dan bangsa
ketika berbicara tentang syiah dan sunni
tentang komen al qardawi
Selanjutnya melalut ke bangsa Arab
dan bahasa al Quran dan tentang Jibril.

Seterusnya, aku bagi contoh..

'Rakyat beradu senjata
 tapi Raja beradu tenaga
Tuah beradu dengan tamingsari
tapi Raja beradu dengan mimpi'

Itulah beza bahasa
Beza bukan jarak tempat
Tapi beza letak martabat.



.

3 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

deep.

boleh apply jugak masa kini.

cinta said...

Dan aku
mimpi dalam beradu.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Deep juga la....haha

Cinta.
Ngigau dalam beradu juga ya....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com