Thursday, January 28, 2016

Gangguan kecil keamanan sejagat...

.

Petang semalam, setiba aku di depan rumah
ada terlihat riuh rendah kanak² sekolah rendah
Bukan riuh rendah bermain tetapi commotion
atau mungkin serenity unrest (dgn izin YDP)
Bila aku keluar dari perut kereta, maka benarlah
Ada salah seorang budak lelaki darjah 1atau 2
masih berpakaian seragam sekolah, sedang
bertikam lidah dengan beberapa yang lain
Tapi yang lain lebih berdiam diri sebenarnya
Budak itu yang terjerit², antara perkataannya
' siap kau...aku tumbuk karang'
' kau tu bodoh '
' aku panggil kawan² aku belasah kau '

Kemudian salah seorang  budak perempuan
memeluknya supaya tidak mendekati seorang
budak lelaki lagi satu.
Bila keluar lagi kata² kesat dari dia, budak
perempuan tadi menampar mulutnya sambil
menjerit kepadanya ' diam lahhh..!! '
manakala budak² yang lain mentertawakannya
Aku syak budak perempuan itu kakaknya.

Akibat geram, budak lelaki itu meronta2
terlepas dan berlari ke arah rumahnya sambil
mulutnya menjerit² memanggil kawan yang lain
' kau pergi langgar budak baju biru tu..'
' cepattt....kau langgar dengan basikal '
Itu antara yang aku dengar.
Kemudian budak itu datang semula
Tapi sebelum dia sempat terpa budak2 lain
kakaknya sempat memeluk dan menariknya.
Tak lama kemudian datang ibunya
Memarah, memujuk....tak jalan, masih agresif
Malah meminta ibunya pukul budak² di situ.

Ibunya geram, lantas di kandar anaknya itu
Lalu pulang ke rumah....
Tapi budak itu masih meronta² dan memaki hamun


Aku tak jauh berdiri....dalam 15-20 kaki.
Tapi aku perhatikan sahaja mereka.
Sambil cuba meneka apa puncanya.
Tapi kalau dia cuba datang kepada aku
untuk minta tolong aku pukulkan 'musuhnya'
aku mungkin terajang dia itu.

Kenapa aku diam dan lihat selama itu?
Sebab aku tengah fikir...dunia masih perlukan
budak seperti itu atau baik dihapuskan awal²?

Kerana tiba² aku teringatkan Karl Marx...
Tiba² aku teringatkan Hitler dengan bangsa Aryannya
Tiba² aku teringatkan Darwin dengan natural selection
Tiba² aku teringatkan Illuminati...
Tiba² aku teringatkan enjin kereta yang belum mati.





.

4 comments:

cinta said...

Seriaunya.
Tahun dpn anak nk masuk skolah rndah.

So caner keta? Ok? Kih3.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Kete berbunyi ada makna tuuu....
Ahh...tiba² teringatkan ikan kering dan sardin dalam tin berperisa tomato...

Anonymous said...

banyak kali ingat, sampai-sampai darwin pun ke ingat :D keren

Nizam.Ariff said...

Arief.
Macam² fikir...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com