Tuesday, January 5, 2016

Melihat dengan kaki

.

Cuti sempena buka sekolah sessi 2016 Isnin lalu beri aku kelapangan untuk berurusan. Tiada apa yang perlu didaftar atau tunggu sebab Ariff dah di tingkatan 4, dah besar panjang. Dah lepas PT3 pun.





Ada beberapa urusan di 3 lokasi berlainan. Oleh kerana cuaca baik, aku putuskan untuk berjalan kaki walau pun jarak antaranya beratus meter.

MBSA dah / sedang naik taraf siar kaki. Apa salahnya aku cuba. Seusai urusan di lokasi terjauh, aku beli air minuman untuk bekal sepanjang berjalan pulang ke lokasi pertama. Udara segar, angin mengelus pipi dan menyibak rambut. Siar kaki dah lebar dan cantik.




Dalam berjalan itu, aku perhatikan beberapa pekerja kontrak sedang menyapu sampah. Aku fikirkan betapa selesanya mereka bekerja di ruang yang luas dan berangin. Begitu juga mereka yang bekerja di ladang, di sawah.... oh, rindu aku pada sawah dan kedamaiannya.

Jika hujan? Boleh berteduh, tak jadi masalah pun. Boleh berteduh di bawah jejantas. Ketika
lalu di bawah jejantas tadi terfikir juga kalau aku bermain gitar sambil deklamasi puisi di situ sebab kawasannya luas. Mungkin satu hari nanti ada buskers yang berseni di situ pada hujung minggu. MBSA patut letak lampu dan soket kuasa di situ.

Air minuman aku habis tapi tiada tong sampah. Jadi aku minta izin dari wanita yang sedang menyapu sampah untuk masukkn plastik cawan air ke karung sampahnya. "Ya..ya, boleh." katanya. Dia selak hijab menutup hidungnya. Aku ingatkan Indon tapi rupa²nya India.

Cubaan pertama aku gagal, cawan aku tergolek keluar. Aku bongkok untuk masukkan semula. "Tak apa...tak apa, nanti saya kutip." jeritnya. Tapi demi menghormatinya, aku masukkan semula cawan tadi.

Dia berbudi, kita berbahasa.



.

5 comments:

sudipVSsenduk said...

tak belanja aci tu air sirap limau ke?

Nizam.Ariff said...

SvS.
Dia ada bwk bekal air....lalala..

Lady Windsor said...

aku awal-awal lagi akan masukkan mereka ni dalam senarai org yg aku salute kalau ada org buat survey mengenai namakan individu-individu yang anda hormati. Kat tempat aku kerja ni ada sorang ja aci, dia selalu tdo dalam surau. aku doakan suatu hari nanti dia dapat mimpi dan hidayah..

Nizam.Ariff said...

LW.
Entah2 dah muslimah pun...

Lady Windsor said...

aamiin...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com