Wednesday, January 20, 2016

Memori kacang buncis muda...

.


Pada pagi Sabtu itu, aku meluru ke arah meja sayur-sayuran, manakala Mama dan Ariff menolak troli ke meja buah-buahan.

Aku nampak kacang buncis segar yang telah siap dipek-plastik-dan-dilabel-hargakan. Aku terus capai sebungkus...sebab aku malas nak beratur untuk.timbang. Kemudian aku nampak seorang nyonya Cina sedang memilih kacang buncis lambak di atas pak meja.

Aku telek beberapa saat....aku letakkan semula pek aku. Aku carik sehelai plastik. Aku pun ikut nyonya tadi memilih-dan-mengisi kacang buncis versi lambak.

Aku cekau....aku masukkan. Aku cekau...aku masukkan. Cukup tiga kali, plastik aku dah penuh. Tapi aku tercegat sekejap. Aku tengok plastik nyonya tadi belum penuh. Aku perhatikan dia. Lambatnya dia pilih.

"Mau pilih kacang yang kurus-kurus, baru sedap..manis." Kata nyonya itu tanpa aku tanya.

"Ni...macam ni..." Katanya lagi sambil beri contoh.

"Ooo...." Bulat mulut aku.

Lantas aku tuangkan semula kacang di dalam plastik tadi. Aku mula pilih kacang buncis. Satu...demi satu....aku lihat yang "kurus"... aku masukkan ke dalam plastik.

Nyonya itu sudah siap. Aku masih terkial-kial memilih. Cepatnya nyonya tu...

Kemudian Ariff dan Mama pun datang. Bertanya apa yang aku bualkan tadi. Aku kata nyonya tadi pesan pilih kacang yang " kurus".

Lantas aku tunjukkan kepada mereka berdua.

Kacang yang kurus = kacang yang muda.
Biji kacangnya masih belum menonjol macam pompuan pakai baju ketat...
Bila dilurut, terasa masih rata...
Itu tanda kacang masih muda...rangup.

"Ooo...." Kata Ariff.

Dan mereka tolong aku.pilih kacang buncis lambak di meja itu.



.

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Dapat ilmu baru di pasar ye..
Kalau perempuan tua macam kakak ni mestilah dah tahu dah dik:)

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Haah...kita baru tauuu...

cinta said...

Kacang buncis muda tu klau msk dgn telur asin sdap.
Org yg xmkn sayur pn boleh duk meratah.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Ooo...x pernah buat lg ni

Manusia Berubah said...

Ooooo... baru tahu..!!
patut lah yang kurus-kurus jadi pilihan..

yang gemok membawa diri.......

*tetiba*

:p

Nizam.Ariff said...

Man
Takpe..kita sama2 baru tau...haha

JunAina said...

Pilih sayur pun macam pilih calon isteri ehhh...ahahhaa...

Nizam.Ariff said...

Jun.
Hahaha....betul gak tuu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com