Thursday, January 14, 2016

Semut dan gula

.


Pagi tadi, hantar Ariff ke sekolah.
Laluan yang biasa aku guna
Di kanan kiri banyak pokok
Dan laluan pejalan kaki yang tersusun
Matahari pun mempirus topaz, cantik

Aku kata, seronok pergi sekolah membelah taman?
Dia kata, kita ibarat semut-semut yang bertali arus
Dia kata, pokok² bak rumput dan batu² bak pasir
Aku kata, senang agaknya jadi sang semut
Aku kata, berjalan di taman cari makanan
Dia kata, nanti mati terpijak pula

Aku kata, hmmm...ada juga risikonya
Dia kata, semut² itu mencari gula
Dia kata, abah pun pergi kerja untuk cari gula
Lantas dia tersenyum.




.

2 comments:

cinta said...

What a metaphor.
Tak sia2 abahnya antar skolah.

Manusia Berubah said...

ehemmm...!

hahahahaha.. suwwiitt.. :)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com