Sunday, January 17, 2016

Semut, gula dan masa silamnya....

.


Ibarat semut² yang mencari gula, esok
rutin mencari makanan pun bermula
Seperti minggu lepas, seperti dua minggu
lepas...dan seperti minggu² sebelumnya
dan juga seperti bulan², malah tahun²
sebelumnya.


Sama ada semut² itu sedar atau tidak sedar,
sedikit demi sedikit gula itu merosakkan
hidup mereka, perlahan-lahan ia memamah
baki kesihatan mereka, dan pada satu hari
mereka tersedar yang mereka dah tak mampu
berjalan untuk mencari gula.

Pada ketika itu, semut² itu cuba menoleh
ke belakang, ke masa silam... rutin mereka
yang membosankan.

Tapi apa kan daya, tubuh dan kesihatan
dah tak mampu membantu... maka tetaplah
mereka mengimbau masa silam lalu berkata
" alangkah... alahai, alangkah.... "




.

2 comments:

cinta said...

Hmmm...
adoi.

Manusia Berubah said...

semoga tidak terlalu terlambat untuk menoleh ke belakang...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com