Thursday, February 4, 2016

Deja vu dan nyanyuk???

.



The secret of deja vu finally revealed?

Deja Vu ni istilah untuk satu fenomena yang mana satu situasi itu sedang berlaku tetapi kita berasakan ia telah/pernah dibayangkan sebelum ini. Ia seperti mimpi yang menjadi nyata. Ia seperti kita mengalaminya dua kali tetapi sebenarnya sekali. Ia seperti kita telah berada di masa depan dan pulang ke masa kini. Deja vu TAK sama dengan Ilham, Wahyu atau Kasyaf.

Hampir kita semua pernah mengalaminya, sama ada kita sedar atau tidak, sama ada setahun sekali atau setahun 10 kali atau 10 tahun sekali.

Aku, seperti yang pernah beberapa kali aku tulis sebelum ini, pernah alami deja vu. Namun ia tidak sekerap yang berlaku akhir-akhir ini. Pernah satu ketika pada akhir 2015, aku beritahu kawan yang aku alami 4-5 kali deja vu dalam sebulan. Aku sendiri pun pelik kerana biasanya tak sekerap itu.

Aku ada satu pendapat...

Segalanya bermula apabila semalam doktor mahu beri aku Q10 sebagai supplement. Doktor tanya sama ada aku masih boleh baca ayat-ayat lazim, aku kata boleh. Memori yang lama-lama tiada masalah rasanya tapi aku kerap terlupa short term memory terutamanya peristiwa yang singkat-singkat atau short term encounter, contohnya kalau berselisih jalan orang tegur atau angkat tangan atau sampaikan pesan orang.

Aku rasa masalah short term memory loss ni ada kena-mengena dengan pertambahan kekerapan kejadian deja vu aku. Mungkin ada kaitan secara langsung.

Aku rasa 'deja vu' aku tu bukanlah deja vu tetapi akibat pertindihan short term memory. Bayangkanlah kalau memori kita ini seperti gulungan filem, frame by frame. Apabila kita gunakan mata dan semua deria, segalanya direkodkan secara frame by frame dalam memori. Entah macam mana, berlaku glitch atau anomali pada salah satu frame tersebut, yang menyebabkan masa frame itu tidak direkodkan. Maka jadilah satu frame itu timeless-frame.

Glitch atau anomali itu berlaku mungkin disebabkan ketakselanjaran atau disorder yang disebabkan oleh faktor kesihatan, ubatan, saraf dsb. Apa pun puncanya, anomali itu mungkin berlaku dalam mikro-saat dan menyebabkan frame untuk memori yang itu tidak mempunyai rekod masa.

Apabila tiada rekod masa, memory frame yang itu boleh dianggap berlaku pada masa depan atau masa silam. Otak kita dapat tafsirkannya tetapi tidak dapat tentukan bilakah masanya. Ia menjadi Ghost Memory. Ghost Memory is a time-less memory, no time record.

Oleh kerana ianya berlaku dalam mikrosaat atau mungkin pikosaat, memory frame yang seterusnya akan tercantum dengannya. Jika memory frame selepasnya tiada glitch atau anomali dan mempunyai rekod masa, pasangan Ghost Memory dan memori yang normal ini seakan-akan bertindih kerana imej dan situasinya hampir-hampir sama (kerana dipisahkan oleh mikrosaat). Otak kita akan silap tafsir - satu frame baru lepas berlaku dan Ghost Memory sebagai frame dari masa silam.

Mungkin?



.  

6 comments:

cinta said...

1. Bunyi mcm logik. Aku suka. Tp kalau boleh sahkan dgn xperimen lg best.

2. Apa kaitan Q10 dgn memori? Cer citer. Nk jgk tau apesal doc tu tanya mcm tu.

3. Cer tambah RAM card tgk ada improvement x deja vu ni. Hehe..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
1. Ya mmg. Igt nk sarankn juga saintifik/emipirical study tapi mls nk tulis.
2. Kaitannya?.... Hik2. ..gugel je...
3. Mother board lama, ram slot dah penuh..

Bunda_nora said...

As Salam, Bunda BW kat sini...dah lama nau tak singgah sini..

Nizam.Ariff said...

Bunda.
Wsalam. Saya dah jarang menulis...

LydSunshine said...

Selama ni aku percaya deja vu tu seperti kita teringat semula kisah hidup kita yg sudah complete. Tp ni pun teori aku jgk. Bagi aku, jalan cerita kita ni sebenarnya dah complete. Bila satu-satu masa tu kita lalui deja vu, maksudnya macam kita terimbas jalan hidup kita tu. Agaknya la.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Tu pun satu pdngan.
Klu mcm tu, deja vu us the future you...mcm yg ramai fhm skrg.
Tapi teori aku ni lebih kpd medical anomali yg jd dlm otak....dgn sandaran bhw manusia biasa x dpt tgk lauhil mahfuz.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com