Tuesday, February 2, 2016

Paradox....

.


Kenapa malam panas?

Orang kata kalau langit penuh awan
awan jadi seperti selimut, membendung hawa.

Kenapa malam panas?

Orang kata kalau hujan sekejap saja
air serap hawa bumi jadi wap, seperti dikukus.

Kenapa malam panas?

Orang kata kalau tak maafkan semua insan
nanti jiwa gelisah, tak tenang dan rimas.

Tapi....
Kenapa malam ini panas?

Aku rasa ...sebab....ermmmm...

Okey...aku tak tahu sebabnya.
Aku bukan manusia yang serba tahu
Kerana telah diakui bahawa lebih banyak
kita tahu, makin banyak perkara baharu
yang kita TAK tahu.

Dengan kata lain....
Lebih banyak kita tahu, semakin bodohlah kita.

Maka, jadilah orang bodoh dikalangan yang cerdik.
Itu mungkin lebih baik daripada perasan cerdik
dikalangan yang bodoh.

Tapi......apa takrif orang yang bodoh?
Kalau lebih banyak kita tahu, kita jadi tak tahu
Adakah orang yang pandai itu bodoh?

Kalau begitu, semua orang bodoh adalah pandai
Dan semua yang pandai adalah bodoh.
Atau....
Bodoh atau pandai itu hanyalah ilusi...?

Siapa yang tahu?

(Psst: Kalau tahu, dia bodoh)



.

3 comments:

cinta said...

Tak tau.
lalala..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Huyooo.,.pandai...

Nizam.Ariff said...

Manusia.
Hah...tunduk ke bumi..berisi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com