Monday, March 14, 2016

Beyond infinity

.

What is beyond infinity?

Kalau dalam ilmu kira-kira, infiniti adalah satu nombor yang tidak dapat ternilai, kerana terlalu besar.

Tapi satu nombor sebelum infiniti adalah bukan infiniti, ye ke? Contoh: ∞-1= "number". Sebabnya, ia belum sampai ke infiniti. Bak kata orang, sudah di tebing tapi belum jatuh.

Bagaimana pula kes ∞+1? Jika ∞ adalah satu nombor, apa pula nombor selepas infiniti? Ramai dari kita akan kata 'kalau infiniti itu sudah terlalu besar, apa signifikannya ditambah dengan satu'? Ok....logik juga.

Kalaulah infiniti itu satu nombor (yang besar), apa akan jadi kalau ∞+∞? Adakah akan jadi 2∞? Bagaimana pula kalau 99x∞? Akan jadi 99∞? Ramai dari kita akan kata 'kalau dah inifiniti, apa2 yang ditambah pun jadi infiniti'.

Tapi tadi ∞+1, nombor satu tu tak signifikan. Jadi, infiniti kekal infiniti. Sekarang ni ∞ dan 99∞ sama-sama signifikan. Jadi, macam mana nak buat?


Aku pernah terbaca lamaaaaa dulu, infiniti adalah umpama seekor semut hitam yang meniti seurat benang yang direntangkan diantara bumi dan bulan. Bagi sang semut, panjang benang itu adalah infiniti kerana baginya benang itu tiada penghujung.

Tapi bagi seorang manusia, panjang benang itu ada nombornya...dan bukanlah infiniti.

Jadi, percayalah, ada nombor selepas infiniti....




.

4 comments:

cinta said...

Bg semut benang itu infiniti n bg manusia tak.

Maksudnya infiniti itu relatif?

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Nampak gayanya, gitu la...

sudipVSsenduk said...

kekadang kerja di ofis ni bagaikan tiada infiniti. Tak kira hari dan masa. Org tengan mengorok pun disuruhnya kerja. Sampai terpaksa jumpa doktor, mintak cuti lebih. Sekurang2nya dapat berehat utk menyambung semula infiniti yg tak habis2 tu.

Nizam.Ariff said...

SvS
Kerja yg kita tak suka mmg terasa infiniti..haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com