Sunday, March 27, 2016

Kesimpulannya....

.

# petang itu, aku singgah di kedai makan sebelum balik ke rumah dari tempat kerja. Malamnya Ariff ada tuisyen, jadi kena beli makanan siap. Aku pesan nasi goreng ayam dua bungkus, untuk makan malam kami bertiga.

# semasa menunggu nasi goreng ayam, aku duduk. Di depan aku ada seorang lelaki yang menunggu pesanan juga. Berkemeja dan berkasut - aku syak dia juga baru pulang dari kerja. Aku lihat dia banyak merenung lantai dan bermenung. Aku rasa dia bukan melihat semut. Aku tahu fikirannya jauh.

# di sebuah meja lagi, beberapa anak muda baru usai menjamu. Anehnya mereka sibuk melihat handphone masing2. Tiada gurau senda atau cerita sensasi.

Aku tahu, ekonomi sedang sembelit...



.

2 comments:

cinta said...

Kesian.

LydSunshine said...

Bila la ekonomi nak cirit birit semula ni.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com