Wednesday, March 2, 2016

Obses pada nombor...

.

Setakat mana hidup seharian kita ini bergantung dengan nombor?




Kalaulah nombor tidak pernah dicipta, apa jadi dengan kehidupan manusia agaknya? Mungkin jumlah sesuatu itu diwakili dengan 'sikit' atau 'banyak', mungkin juga 'kurang", 'lebih' atau 'cukup-cukup'.

Manusia mungkin tidak terlalu berkira-kira akan sesuatu. Tidak terlalu jitu dan tepat.  Masa dikata sebagai 'subuh', 'pagi segalah', 'pagi embun kering', 'tengahari rembang', 'matahari condong', 'petang', 'senja'...dsb.

Apabila manusia terlalu obses dengan nombor, mereka jadi terlalu berkira. Lebih parah, jika dalam banyak hal.

Parah lagi jika nombor yang sama tapi diberikan nilai yang berbeza.

Satu kamu tidak sama dengan satu aku.
Padahal ia tetap nombor satu.

Seekor bawal tak sama dengan seekor gelama.
Sebiji rokam tak sama dengan sebiji durian.
Seekor lembu tak sama dengan seekor kambing.

Seringgit aku tak sama sedolar kamu.

Kenapa jadi begitu?
Hapuskanlah nilai pada nombor.
Biarlah nombor menjadi ukuran banyak sikit.




.

1 comment:

nae nematoda said...

sekarang susah nak cari orang yang tak berapa nak berkira, semua benda nak berkira walhal benda kecik...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com