Tuesday, April 26, 2016

Burung exotic....

.


Lama dah aku tak merasa daging burung liar.

Kalau dulu, masa kecil dulu, rajin juga aku menjerat burung. Kalau tidak Burung Ruak-Ruak, aku dapat Burung Sintar. Kadang2 merasa juga Burung Belibis (sejenis itik liar). Tapi Burung Belibis jarang dapat dijerat sebab suka berenang di air. Biasanya di lastik atau di tembak.

Atau burung yang bukan di sawah. Macam burung punai atau terkukur. Pernah juga aku menjerat burung merbah atau merbah jambul. Burung merbah ini banyak dihutan pokok pisang, umpan jerat bidas pun gunakan pisang. Kalau dapat pun aku tak makan sebab comel dah kecil sangat.

Kawan aku ada tangkap burung sawah. Kalau ada rezeki, bolehlah aku buat rendang.




.

6 comments:

Irfa said...

Pnh gak kkecik dulu mkn burung. Skrg klu bg pun rasanya x sggup nk mkn. Kecik sgt. Kesian pun ada

cinta said...

Tak teringin ke merasa burung kakak tua? Byk sikit dagingnya.

Siqah Hussin said...

Tak pernah makan daging burung..

Nizam.Ariff said...

Irfa
Goreng...rangup ke tulang...haha

Cinta.
Tak mau...dah liat.
Burung adik muda mgkn sedap sikit..haha

Siqah.
Bleh cuba daging Puyuh...

Chekgu Azrine said...

tak berapa snagat suka makan burung...mgkn sebab kesian kot...hahahaha

Nizam.Ariff said...

Azrine
Perumpanaan....burung terbang dipepeskan lada...ada sebabnya....sedap...hahs

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com